Sejarah Tentera_Udara_Diraja_British

Walaupun Britain bukan negara yang pertama yang menggunakan pesawat udara tentera, tetapi RAF adalah merupakan tentera udara tertua di dunia dalam saiz yang ketara yang bebas dari kawalan tentera darat atau tentera laut. Ia ditubuhkan pada 1 April 1918, semasa Perang Dunia I, dengan penggabungan Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja. Selepas perang, perkhidmatan ini dikurangkan secara drastik, dan RAF bertanggungjawab dalam mengawal Iraq dan melaksanakan beberapa aksi kecil di Empayar British yang lain.

Memorial Tentera Udara Diraja di Victoria Embankment, London, sebagai memperingati anggota RAF yang terbunuh dalam 2 perang dunia

RAF melalui perkembangan yang pesat sebelum dan semasa Perang Dunia II. Di bawah Rancangan latihan Udara Commonwel British pada Disember 1939, tentera udara negara British Kommonwel dilatih dan ditubuhkan untuk berkhidmat dengan formasi RAF. Ramai penduduk daripada negara-negara ini, dan pelarian daripada pendudukan Eropah, juga berkhidmat dengan skudron RAF.

Dalam Peperangan Britain, pada hujung musim panas 1940, RAF telah mempertahankan ruang udara Britain dalam menentang serangan Luftwaffe Jerman, membantu memusnahkan rancangan pencerobohan Hitler ke atas Britain, dan memetik kata-kata Perdana Menteri Winston Churchill dalam Parlimen Britain pada 20 Ogos, "Never in the field of human conflict was so much owed by so many to so few".[5]

Usaha terbesar RAF semasa perang adalah melaksanakan kempen pengeboman strategik. Walaupun pengeboman RAF ke atas Jerman bermula seawal perang meletus, di bawah kepimpinan Ketua Marshal Udara Harris, serangan bertubi-tubi meningkat dari 1942 dan seterusnya disebabkan oleh kewujudan teknologi dan peningkatan jumlah pesawat. Menjadi kontroversi, RAF telah menerima pakai polici dalam memlaksanakan pengeboman kawasan pada waktu malam yang melihat serangan dibuat ke atas bandar-bandar Jerman seperti Hamburg dan Dresden. Unit-unit lain, bagaimanapun, membangunkan teknik pengeboman tepat untuk operasi-operasi tertentu seperti Serangan "Dambusters" oleh Skuadron No. 617 [6]

Semasa Perang Dingin peranan utama RAF adalah mempertahankan benua Eropah menentang kemungkinan serangan oleh Soviet Union, termasuk pegangan UK's nuclear deterrent untuk beberapa tahun. Sejak tamat Perang Dingin, beberapa operasi berskala besar melibatkan RAF, termasuk Perang Kosovo, Perang di Afghanistan (2001–sekarang) dan Pencerobohan Iraq pada 2003.