Pesawat Tentera_Udara_Diraja_British

Sistem pengenalan pesawat tentera British mengikut nama pesawat menghuraikan peranan pesawat berkenaan. Sebagai contoh, pesawat Tornado F3 ditandakan sebagai fighter berdasarkan abjab 'F', dan ia merupakan generasi ketiga pengeluaran.

Pesawat sokongan ofensif, serangan dan tempur

  • Harrier GR9/GR9A
    Dilengkapi dengan sistem terbaru dan enjin lebih berkuasa. Pesawat ini diterima secara rasmi oleh RAF pada hujung September 2006.

Pesawat Amaran Awal Udara dan Pertahanan Udara

  • Tornado F3
    Berperanan untuk menpertahankan ruang udara Britain.
  • Sentry AEW1
    Menyediakan amaran awal udara akan kedatangan pesawat musuh dan mengkordinasikan pertempuran udara.

Pesawat pengawasan

  • Tornado GR4A
    Dilengkapi dengan kamera dan penderia penglihatan, inframerah dan jarak spektrum radar.
  • Nimrod R1
    Menyediakan perisikan elektronik dan isyarat.
  • Sentinel R1
    Dikenali juga sebagai ASTOR - Airborne Stand-Off Radar) menyediakan platfom pengawasan radar bumi bertempat di jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global Express.

Pesawat Cari & Selamat

Pesawat rondaan maritim

  • Nimrod MR2
    Peperangan Anti-Kapal Selam dan Peperangan Anti Permukaan. Juga digunakan untuk peranan Cari dan Selamat, dimana keupyaan jarak jauhnya dan kemudahan komunikasi membolehkan ia bertindak sebagai penghubung di antara helikopter penyelamat, kapal dan pangkalan di darat. Ia juga boleh mengugurkan pod yang mengandungi rakit keselamatan dan bekalan ikhtiar hidup kepada orang terselamat di laut. Pesawat Nimrod MR2 akan digantikan dengan 12 buah pesawat Nimrod MRA4 pada tahun 2009.

Helikopter sokongan

  • Merlin HC3
    Menyediakan sokongan pengangkutan berat. 3 buah helikopter tambahan akan diperolehi dalam bulan Mac 2007.
  • Puma HC1
    Menyediakan sokongan pengangkutan sederhana
  • Chinook HC3s
    8 buah helikopter yang berada dalam simpanan akan diubahsuai untuk berperanan sebagai sokongan pertempuran.

Pesawat pengangkut dan penangki udara

  • Tristars dan VC10
    Mengangkut anggota, kargo dan penangki udara untuk jarak jauh.
  • C-130K/J
    Pengangkutan taktikal jarak dekat.
  • C-17 Globemaster III
    4 buah melalui perjanjian sewa-beli daripada Boeing untuk menyediakan keupayaan pengangkutan strategik berat. Pesawat ke-5 akan dihantar pada 7 April, 2008. Perolehan pesawat ke-6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Britain akan memperkukuhkan operasi di Iraq dan Afghanistan, akan dihantar pada 3 Jun, 2008. Pesawat bari ini akan digerakkan ke barisan hadapan secepat mungkin. RAF dijangka akan menerima sejumlah 8 buah pesawat C-17 yang bermakna 2 buah pesawat lagi akan dihantar sebelum pertengahan tahun 2009 apabila pengeluaran pesawat Globemaster mungkin akan dihentikan.

Pesawat latihan

  • Dominie T1
    Latihan operasi untuk sistem persenjataan dan pegawai sistem senjata.

Pesawat akan datang

RAF sedang merancang untuk menggunakan pesawat baru. Ini termasuk:

  • Eurofighter Typhoon
    Sedang mula memasuki perkhidmatan dan apabila kesemua pesawat Typhoon beroperasi sepenuhnya, RAF adalah merupakan pendendali terbesar pesawat jenis ini.
  • Airbus A400M
    25 buah akan diperoleh untuk menggantikan pesawat C-130K Hercules.[8]
  • HC3
    Versi tingkat upaya pesawat Chinook, dengan sistem avionik terbaru dan penambahan jarak untuk melaksanakan misi pasukan khas, dipesan pada 1995. Oleh kerana masal teknikal dan penguruskan projek, pesawat ini tidak dapat memasuki perkhidmatan, dan telah diturun taraf sebagai Helikopter sokongan dan akan digunakan bermula pada tahun 2009.
  • Hawk 128
    Akan menggantikan pesawat Hawk dalam perkhidmatan; model baru ini akan dilengkapi peralatan dan keupayaan yang setanding dengan pesawat moden barisan hadapan.
  • Joint Combat Aircraft (pengenalan untuk pesawat F-35 Lightning II)
    Akan menggantikan pesawat Harrier GR7 dan GR9.