Sebab Tetrafobia

Perkataan "empat" dalam bahasa Cina (, pinyin: sì, jyutping: sei3), hampir sama bunyinya dengan "mati" (, pinyin: sǐ, jyutping: sei2) dalam kebanyakan loghat Cina dan juga bahasa-bahasa lain yang menyerap kedua-dua perkataan Cina ini, iaitu bahasa Jepun (shi), bahasa Korea (sa 사) dan bahasa Vietnam (tư).

Sesiapa yang mempercayai mungkin mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak penggunaan angka 4 ketika perayaan atau apabila seorang ahli keluarga jatuh sakit. Angka-angka majmuk seperti 14, 24, 42, dsb. turut dielakkan kerana adanya angka 4 dalamnya. Dalam negara-negara berkenaan, nombor tingkat ini sering dilangkau dalam pelbagai bangunan, baik pangsapuri, pejabat, hotel mahupun hospital. Nombor meja 4, 14, 24, 42, dsb. juga turut disingkirkan dalam kenduri perkahwinan atau perjumpaan sosial yang seumpamanya. Nombor blok bangunan pangsapuri juga tidak terkecuali, yang mana nombor 4, 14, dsb. dilangkau sama sekali atau diganti dengan 3B, 13B dan sebagainya.