Sejarah Thailand_Selatan

Perjanjian Bangkok 1909

Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu , kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.

Antara syarat perjanjian ialah Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909.

  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan.
  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.

Krisis

Provinsi-provinsi penduduk Muslim teramai di selatan Thai.

Sejak akhir-akhir ini pergolakan sering berlaku seperti di Kampung Sungai Padi, Takbai dan lain-lain kawasan. Beberapa tindakan oleh Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinnawatra yang menguatkuasakan undang-undang darurat dan penggunaan tindakan ketenteraan bagi memburu 'pengganas Islam' menyebabkan ramai penganut agama Islam dan Buddha terbunuh. Tragedi di Masjid Krisek mengorbankan ratusan nyawa.