Ringkasan The_Amazing_Race_Asia_5

Destinasi Perjalanan udara    Perajalan kereta api    Perjalanan air    Perjalanan bas
Penanda perjalanan Detour    Roadblock    Fast Forward    Yield    U-Turn    Speed Bump    Pit Stop

Pusingan 1 (Jakarta → Jawa Barat)

Tarikh tayangan: 13 Oktober 2016

Salah satu pilihan Detour di Jakarta memerlukan pasukan untuk membaiki Onthel bicycle di Taman Fatahillah menghadap Museum Sejarah Jakarta.

Detour pertama bagi perlumbaan adalah pilihan antara Fix (Baiki) dan Freight (Mengangkut). Dalam Fix, pasukan pergi ke Taman Fatahillah. Di sana, mereka perlu membaiki dan memasang tayar basikal Onthel (Indonesia) sebagaimana contoh yang diberi. Sekiranya hakim telah berpuas hati, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Dalam Freight, pasukan pergi ke Pelabuhan Sunda Kelapa. Mereka perlu mengisi sebuah guni dengan pasir dari pinisi dan mengangkutnya ke dok untuk mengisi empat tong. Sekiranya semua tong penuh, pasukan mendapat petunjuk seterusnya.

Tugas tambahan
  • Di Garisan Permulaan di Gedung Sapta Pesona, pasukan perlu mencari antara lebih 1,000 kompas untuk salah satu daripada 10 kompas yang menunjuk ke arah 210 darjah barat daya dan mengemukakannya kepada Allan dan Tara untuk menerima petunjuk seterusnya. Pasukan terakhir tanpa kompas yang betul telah disingkirkan.
  • Apabila tiba di Kebun Raya Bogor, pasukan perlu mencari penari lelaki Ondel-Ondel (Indonesia) yang memegang petunjuk mereka seterusnya.
  • Di Kebun Raya Bogor, pasukan perlu menemukan penari lelaki Ondel-Ondel yang memegang petunjuk mereka sebelum ini dengan rakan perempuan di Taman Teijsmann mengikut corak selendang yang dipakai oleh kedua-dua penari. Apabila penari-penari itu telah dipasangkan dengan betul, tuan boneka akan memberi mereka petunjuk seterusnya. Pasukan itu akan membawa penari ke Pit Stop di Kolam Teratai Raksasa.

Pusingan 2 (Jawa Barat → Jakarta → Jawa Barat)

Tarikh tayangan: 20 Oktober 2016

Semasa di Pit Stop, pasukan dipindahkan ke Jalan Pecenongan di Jakarta untuk memulakan pusingan ini. Detour kali ini adalah pilihan antara Basket Bikes (Bakul Basikal) dan Bandung Biathlon (Bandung Duathlon). Dalam Basket Bikes, pasukan mesti menaiki basikal menuruni bukit melalui 5 km trek basikal dan menghantar 2 dozen telur di dalam bakul kepada penjaja telur. Hanya apabila semua telur mereka dalam keadaan sempurna, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Jika mana-mana telur itu pecah semasa dalam perjalanan, pasukan harus mulakan tugas itu sekali lagi. Dalam Bandung Biathlon, pasukan mesti menembak satu set sasaran menggunakan senjata buluh tradisional sambil berjalan menaiki bukit menggunakan sepasang ski tanah tradisional, dikenali sebagai bakiak (Indonesia). Apabila mereka sudah menembak semua sasaran, mereka mendapat petunjuk seterusnya.

Bagi Roadblock yang pertama dalam perlumbaan, satu ahli pasukan harus mencari Hero Wayang Golek (Indonesia), patung tradisional Indonesia dari sebahagian besar kebun teh itu. Apabila mereka sudah menjumpai patung tersebut, mereka bertukar-tukar patung itu dengan petunjuk seterusnya.

Tugas tambahan
  • Di Taman Mini Indonesia Indah, pasukan perlu menaiki motosikal Grab di sekitar taman tersebut untuk mencari tujuh huruf bertanda (B - A - N - D - U - N - G). Setelah selesai, mereka harus pergi ke Tugu Api Pancasila dan tuliskan perkatan BANDUNG pada papan hitam yang disediakan untuk mendapat petunjuk seterusnya.

Pusingan 3 (Jawa Barat → Malaysia)

Tarikh tayangan: 27 Oktober 2016

Salah satu pilihan Detour di Pulau Pinang melibatkan pasukan dengan seni jalanan di Lebuh Armenian.

Semasa berada di Pit Stop, semua pasukan dipindahkan ke Jalan Merdeka di Bandung untuk memulakan pusingan ini. Dalam Roadblock, satu ahli pasukan harus menakik turun 300 kaki (91 m) Menara Great Eastern dan mengambil sebuah bendera yang digantung pada bangunan tersebut untuk mendapat petunjuk seterusnya. Kalau mereka terlepas mengambil bendera atau menjatuhkannya, mereka harus memulakan tugas itu semula.

Dalam Detour, pasukan harus memilih antara Street Art (Seni Jalanan) dan Street Play (Drama Jalanan). Dalam Street Art, pasukan harus menaiki beca di sekitar kawasan Lebuh Armenian dan mencari lima seni jalanan Pulau Pinang seperti mana yang telah ditunjukkan dalam gambar yang diberi. Kemudian, mereka harus meyakinkan penduduk tempatan untuk mengambil gambar mereka di setiap mural. Setiap gambar yang diambil mesti memenuhi syarat seperti syarat yang spesifik serta bilangan penyertaan pelancong. Setelah mereka telah mendapat lima gambar dari setiap mural, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Dalam Street Play, pasukan pergi ke Han Jiang Ancestral Temple. Kemudian, mereka harus belajar untuk mempersembahkan sebuah dua minit rutin pergaduhan opera Cina sebelum mereka mempersembahkannya di hadapan hakim dengan iringan muzik. Sekiranya hakim berpuas hati, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya.

Tugas tambahan
  • Pada mula pusingan, pasukan pergi ke Ibu Pejabat Garuda Indonesia di Senayan City di Jakarta, Indonesia untuk menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
  • Di Kuil Waterfall Hill, pasukan harus menaiki 500 anak tanga untuk sampai ke puncak kuil untuk mendapatkan petunjuk seterusnya daripada seorang lelaki suci.
  • Selepas mendapat petunjuk di kuil, pasukan disuruh untuk mencari kotak petunjuk mereka seterusnya di antara empat Jeti Chinese Clan di Pulau Pinang. Mereka akan mendapati bahawa kotak petunjuk mereka berada di Jeti Chew.