Pengeluaran The_Amazing_Race_Asia_5

Pembangunan dan penggambaran

Pada 20 Mei 2016, Sony Pictures Television (SPT) Networks Asia mengumumkan bahawa The Amazing Race Asia akan kembali untuk musim kelima selepas terhenti selama enam tahun dan akan disiarkan oleh AXN Asia.

Dengan bantuan penajaan daripada Wonderful Indonesia, musim ini merupakan musim pertama yang berlumba di sebuah negara lebih daripada 2 pusingan berturut-turut.

Timbalan Menteri Pelancongan Indonesia Sapta Nirwandar menghantar pasukan melepasi garisan permulaan. Ini adalah kali pertama di mana-mana edisi seluruh dunia bahawa Perlumbaan tidak dimulakan oleh pengacara.

Zabrina Fernandez & Joe Jer Tee, pemenang musim pertama, merupakan penyambut di Pit Stop pada Pusingan 3 di negara asal mereka, Malaysia.

Tidak seperti musim sebelumnya yang mengadakan perlumbaan di Vietnam, penanda perjalanan yang biasa yang berwarna kuning dan merah tidak ditukar. Musim sebelumnya telah menukarkan warna penanda perjalanan bagi mengelakkan pengeliruan dengan bendera Vietnam Selatan, tetapi di musim ini tidak.

Pemain

Aplikasi untuk musim ini bermula pada 23 Mei 2016 dan tutup pada 30 Jun 2015 (18 hari diperpanjang daripada hari tutup yang asal pada 12 Jun 2016).[4]

Meneruskan trend aplikasi pemain bagi francais Asia, pemain-pemain terdiri daripada beberapa selebriti tempatan atau saudara mereka.

Ini bukan sahaja merupakan musim yang tidak memaparkan pasukan dari Hong Kong, tetapi juga musim pertama yang memaparkan pasukan dari Vietnam.

Pemasaran

Wonderful Indonesia, GrabTaxi, Garuda Indonesia merupakan penaja bagi perlumbaan ini. Kementerian Pelancongan Indonesia, Arief Yahya, mendedahkan bahawa perlumbaan ini akan bermula di Jakarta dan seterusnya ke destinasi tempatan di Indonesia serta Singapura, Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City, Manila dan Taipei sebelum tamat di Bali.[5]