Menu
The_Da_Vinci_Code RingkasanBuku ini mengisahkan usaha Robert Langdon, Profesor "Kaji Simbol Agama" di Universiti Harvard, menyelesaikan masalah pembunuhan seorang curator terkenal di Muzium Louvre, Paris iaitu Jacques Saunière. Sudahpun tertera sebagai tajuk buku, keadaan kematian Saunière menepati karya Da Vinci apabila mayatnya ditemui di Sayap Denon Louvre dalam keadaan berbogel dan menunjukkan gaya Vitruvian Man iaitu satu daripada karya terkenal Leonardo da Vinci. Menurut karya tersebut, mesej rahsia tertulis di sebelah badannya dengan rajah Pentagram terlukis di atas perutnya dengan darahya sendiri.
Vitruvian Man, oleh Leonardo da Vinci.Pesanan yang tersembunyi di sebalik karya agung Leonardo seperti Mona Lisa dan The Last Supper, menjadi titik tolak dalam menyelesaikan masalah dan rahsia yang dilindungi yang tidak sempat disampaikan oleh Saunière sebelum mati serta misteri di sebalik pembunuhan tersebut.
Dalam merungkai misteri tersebut, watak (bersama pembaca) terpaksa memerah otak untuk mengaitkan kejadian, pesanan dan rahsia yang mungkin tersembunyi secara sulit termasuk anagram dan nombor. Robert Langdon dalam usaha mencari jawapan terhalang apabila disyaki menjadi dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Dalam keadaan diburu, mereka mendapati semua itu berkaitan dengan tempat yang mungkin terletaknya Cawan Suci dan persatuan sulit yang dikenali sebagai [[Priory of Sion], begitu juga dengan Kesatria Templar. Turut muncul dalam jalan cerita ialah organisasi Katolik dan "Opus Dei".
Antara beberapa plot cerita:
Menu
The_Da_Vinci_Code RingkasanBerkaitan
The Da Vinci Code The Dark Knight (filem) The Disastrous Life of Saiki K. The Duchess The Divergent Series: Insurgent The Drive of Life The Doors The Day (EP DAY6) The Dragon Prince The Deer HunterRujukan
WikiPedia: The_Da_Vinci_Code http://altreligion.about.com/library/bl_davincicod... http://altreligion.about.com/library/texts/bl_diff... http://www.book-of-thoth.com/article1529.html http://www.crisismagazine.com/september2003/featur... http://www.davincifacts.com http://www.davincigrail.com http://www.detnews.com/apps/pbcs.dll/article?AID=/... http://elonka.com/kryptos/faq.html http://www.imdb.com/title/tt0382625/board/threads/ http://www.jesusdecoded.com/