Muzium_Louvre
Muzium_Louvre

Muzium_Louvre

8.22 juta (2007)[1]
8.42 juta (2008)[1]
8.39 juta (2009)[1]
8.35 juta (2010)[1]
Muzium Louvre (Perancis: Musée du Louvre) merupakan salah satu muzium dan tugu bersejarah Perancis terbesar dan paling dilawati di dunia. Ia merupakan sebuah mercu tanda pusat Paris, terletak di Tebing Barat Seine dalam arrondissement pertama (daerah). Hampir 35,000 objek dari zaman prasejarah sehingga era abad ke-19 dipamerkan dalam sebuah kawasan 60,600 meter persegi (652,300 kaki persegi).Muzium berada dalam kawasan Istana Louvre (Palais du Louvre), yang pada mulanya adalah sebuah kubu yang dibina ketika lewat abad ke-12 di bawah pemerintahan Raja Philippe II. Peninggalan kubu tersebut masih lagi dapat dilihat di bahagian bawah tanah muzium. Bangunan ini telah diluaskan banyak kali untuk membentuk Istana Louvre yang seperti hari ini. Pada 1672, Raja Louis XIV memilih Istana Versailles sebagai kediamannya, meninggalkan Louvre sebagai sebuah tempat untuk memaparkan koleksi diraja termasuklah koleksi dari tahun 1692 iaitu arca Rom dan Yunani purba.[4] Pada 1692, bangunan ini telah diduduki oleh Akademi Inskripsi dan Bahasa Purba (Académie des Inscriptions et Belles Lettres) dan Akademi Akademi Lukisan dan Arca Diraja (Académie Royale de Peinture et de Sculpture), dimana pada tahun 1699 diadakan mengadakan siri pertama salon. Académie kekal berada di Louvre selama 100 tahun.[5] Sewaktu Revolusi Perancis, Perhimpunan Perlembagaan Kebangsaan menetapkan bahawa Louvre seharusnya digunakan sebagai sebuah muzium, untuk mempamerkan karya agung negara Perancis.Muzium ini dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan pameran 537 lukisan, kebanyakan karyanya dirampas dari gereja dan hak milik diraja. Oleh kerana masalah struktur dengan bangunan, muzium ditutup pada 1796 hingga 1801. Saiz pengumpulan bertambah di bawah Napoleon, apabila muzium dinamakan semula Musée Napoléon. Selepas kekalahannya di Waterloo, banyak karya yang dirampas oleh tentera Napoleon telah dipulangkan kepada pemilik asalnya. Pengumpulan telah terus bertambah sewaktu pemerintahan Louis XVIII dan Charles X, dan sewaktu Empayar Perancis Kedua muzium memperolehi 20,000 keping. Pegangan telah bertambah secara stabil melalu dermaan dan hadiah sejak Republik Ketiga, kecuali sewaktu dua Perang Dunia. Setakat 2008, koleksi dibahagikan di kalangan lapan jabatan kurator: Purba Mesir; Purba Timur Dekat; Purba Greek, Etruscan, dan Purba Rom; Kesenian Islam; Arca; Seni Hiasan; Seni Lukis; Cetakan dan Lukisan.

Muzium_Louvre

Daerah
Pengarah Henri Loyrette
Koordinat 48°51′37″N 2°20′15″E / 48.860395°N 2.337599°E / 48.860395; 2.337599Koordinat: 48°51′37″N 2°20′15″E / 48.860395°N 2.337599°E / 48.860395; 2.337599
Kurator Marie-Laure de Rochebrune
Lokasi
Laman sesawang
Ditubuhkan 1793
Negara  Perancis
Jenis Muzium seni, Muzium reka bentuk/tekstil, tapak bersejarah
Bilangan pelawat 8.31 juta (2006)[1]

8.22 juta (2007)[1]
8.42 juta (2008)[1]
8.39 juta (2009)[1]
8.35 juta (2010)[1]

8.84 juta (2011)[2]
10 juta (2012)[3]

Rujukan

WikiPedia: Muzium_Louvre http://www.radio-canada.ca/nouvelles/arts_et_spect... http://www.businessweek.com/magazine/content/02_24... http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/10/06/mcdonal... http://books.google.com/books?id=4rmT7223jfEC&dq=t... http://books.google.com/books?id=9DN5N9IRrzYC&dq=h... http://books.google.com/books?id=F-K2b6A9hqIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=I6ilomUOgoMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=JWQBAAAAYAAJ&pg=R... http://books.google.com/books?id=KDPaAAAACAAJ&dq=h... http://books.google.com/books?id=ObmTTi84jrsC&pg=P...