Produksi The_Silence_of_the_Lambs_(filem)

Pembangunan

The Silence of the Lambs adalah berdasarkan novel tahun 1988 dengan nama yang sama oleh Thomas Harris dan merupakan filem kedua untuk menampilkan karakter Hannibal Lecter selepas filem tahun 1986, Manhunter. Sebelum novel ini dikeluarkan, Orion Pictures bekerjasama dengan Gene Hackman untuk membawa novel ke skrin besar. Dengan Hackman dijadual mengarah dan kemungkinan membintangi sebagai Lecter, rundingan telah dibuat untuk membahagikan kos hak $500,000 diantara Hackman dan studio.[5] Selain mendapatkan hak untuk novel ini, penerbit juga perlu mendapatkan hak untuk nama "Hannibal Lecter" yang dimiliki oleh penerbit Manhunter, Dino De Laurentiis. Disebabkan kegagalan kewangan filem yang lebih sebelumnya, De Laurentiis meminjamkan hak karakter ini kepada Orion Pictures secara percuma.[6]

Pada bulan November 1987, Ted Tally dibawa masuk untuk menulis adaptasi;[7] Ketika Tally berada pada pertengahan draf pertama, Hackman menarik diri dari projek ini. Walau bagaimanapun, pengasas Orion Pictures, Mike Medavoy meyakinkan Tally untuk terus menulis manakala studio itu sendiri akan membiaya dan mencari pengganti pengarah.[8] Orion Pictures kemudiannya meminta Jonathan Demme untuk menerajui projek. Walaupun lakon layar belum selesai, Demme menyertai selepas membaca novel.[9]

Pemilihan pelakon

Jodie Foster berminat untuk melakonkan watak Clarice Starling selepas membaca novel. Walaupun Foster baru sahaja memenangi Anugerah Akademi untuk lakonannya dalam filem 1988, The Accused, Demme tidak berasa bahawa beliau sesuai untuk peranan tersebut.[10][11] Selepas sebelum ini bekerjasama dalam Married to the Mob, pilihan pertama Demme untuk watak Starling adalah Michelle Pfeiffer yang menolak tawaran ini.[12] Disebabkan itu, Foster diberi watak ini kerana minat beliau terhadap karakter tersebut.[13]

Untuk watak Dr. Hannibal Lecter, Demme pada asalnya mendekati Sean Connery. Selepas pelakon itu menolak tawaran, Anthony Hopkins ditawarkan peranan ini.[14] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Derek Jacobi dan Daniel Day-Lewis.[15] Scott Glenn dipilih untuk watak Jack Crawford, seorang ejen Unit Sains Tingkah Laku FBI di Quantico, Virginia.

Penggambaran

Fotografi utama untuk The Silence of the Lambs bermula pada 15 November 1989 dan selesai pada 1 Mac 1990.[16] Penggambaran mengambil tempat terutamanya di dan sekitar Pittsburgh, Pennsylvania dengan beberapa babak mengambil tempat di utara Virginia Barat.[17] Babak dalaman di rumah Buffalo Bill dirakam di Layton, Pennsylvania.[18] Bahagian dalam Western Center berdekatann Canonsburg, Pennsylvania berperanan sebagai latar untuk Hospital Negeri Baltimore.[19] FBI membenarkan babak untuk dirakam di Akademi FBI yang terletak di Quantico.[20][21]

Muzik

Skor muzik untuk The Silence of the Lambs dicipta oleh Howard Shore yang juga bekerjasama dengan Demme untuk Philadelphia. Direkodkan di Munich semasa musim panas tahun 1990, skor muzik ini dipersembahkan oleh Munich Symphony Orchestra.[22] Sebuah album runut bunyi dikeluarkan oleh MCA Records pada 5 Februari 1991.[23] Muzik daripada filem ini kemudiannya digunakan dalam trailer untuk filem sekuel, Hannibal.[24]

Rujukan

WikiPedia: The_Silence_of_the_Lambs_(filem) http://www.afi.com/100years/movies.aspx http://www.austin360.com/weblogs/austin-movie-blog... http://boxofficemojo.com/yearly/chart/?yr=1991&p=.... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=silenceoft... http://www.discogs.com/Howard-Shore-The-Silence-Of... http://www.empireonline.com/features/classic-featu... http://www.filmtracks.com/titles/silence_lambs.htm... http://www.hollywood.com/movies/the-silence-of-the... http://www.imdb.com/title/tt0102926/ http://articles.latimes.com/1992-03-31/news/mn-104...