Tayangan The_Silence_of_the_Lambs_(filem)

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $13,766,814 semasa minggu pembukaan. Mengatasi bajetnya sendiri selepas satu minggu, filem ini terbukti merupakan satu kejayaan besar box office. Ketika ia ditutup pada 10 Oktober 1991, filem ini mengutip $130,742,922 di peringkat domestik dengan jumlah kutipan terkumpul seluruh dunia sebanyak $272,742,922.[25] Filem ini merupakan filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 1991.[26]

Penerimaan kritis

The Silence of the Lambs adalah sebuah filem yang mencapai kejayaan tidak dijangka. Ia menerima kejayaan meluas dan pujian kritis.[27] Hopkins, Foster dan Levine menerima pujian meluas untuk lakonan mereka. Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 95% berdasarkan ulasan daripada 73 pengkritik filem dengan purata rating 8.5 daripada 10.[28] Laman web Metacritic memberikan filem ini skor 84 daripada 100, berdasarkan 17 ulasan daripada pengkritik utama, menunjukkan "penerimaan universal".[29]

Anugerah

Filem ini memenangi lima kategori utama di Anugerah Akademi: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Demme), Pelakon Lelaki Terbaik (Hopkins), Pelakon Wanita Terbaik (Foster) dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Ted Tally).[30] Ia juga dicalonkan untuk Adunan Bunyi Terbaik (Tom Fleischman dan Christopher Newman) dan Suntingan Filem Terbaik tetapi tewas kepada Terminator 2: Judgment Day dan JFK.[31] Pada tahun 1998, filem ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik dalam tempoh 100 tahun yang lepas oleh Institut Filem Amerika.[32]

AnugerahKategoriPenerimaKeputusan
Anugerah Akademi ke-64Pelakon Lelaki TerbaikAnthony HopkinsMenang
Pelakon Wanita TerbaikJodie FosterMenang
Lakon Layar Adaptasi TerbaikTed TallyMenang
Pengarah TerbaikJonathan DemmeMenang
Filem TerbaikEdward Saxon, Kenneth Utt, Ron BozmanMenang
Suntingan Filem TerbaikCraig McKayDicalonkan
Adunan Bunyi TerbaikTom Fleischman, Christopher NewmanDicalonkan
Anugerah Golden Globe ke-49Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaJodie FosterMenang
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem DramaAnthony HopkinsDicalonkan
Pengarah TerbaikJonathan DemmeDicalonkan
Filem Terbaik – DramaKenneth UttDicalonkan
Lakon Layar TerbaikTed TallyDicalonkan
Anugerah BAFTA ke-45Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan UtamaAnthony HopkinsMenang
Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan UtamaJodie FosterMenang
Lakon Layar Adaptasi TerbaikTed TallyDicalonkan
Sinematografi TerbaikTak FujimotoDicalonkan
Arahan TerbaikJonathan DemmeDicalonkan
Suntingan TerbaikCraig McKayDicalonkan
Filem TerbaikRon Bozman, Edward Saxon, Kenneth UttDicalonkan
Muzik Filem TerbaikHoward ShoreDicalonkan
Bunyi TerbaikSkip Lievsay, Christopher Newman, Tom FleischmanDicalonkan

Rujukan

WikiPedia: The_Silence_of_the_Lambs_(filem) http://www.afi.com/100years/movies.aspx http://www.austin360.com/weblogs/austin-movie-blog... http://boxofficemojo.com/yearly/chart/?yr=1991&p=.... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=silenceoft... http://www.discogs.com/Howard-Shore-The-Silence-Of... http://www.empireonline.com/features/classic-featu... http://www.filmtracks.com/titles/silence_lambs.htm... http://www.hollywood.com/movies/the-silence-of-the... http://www.imdb.com/title/tt0102926/ http://articles.latimes.com/1992-03-31/news/mn-104...