Korban The_Troubles

Menurut Conflict Archive on the Internet, sebanyak 3,532 orang telahj terbunuh dalam konflik ini antara tahun 1969 dan 2001,[34] di mana 3,489 kes kematian ini berlaku antara tahun 1969 sehingga 1998.[34] Menurut buku Lost Lives (edisi 2006) pula sebanyak 3,720 orang dikira terbunuh dari konflik ini antara tempoh 1966 sehingga 2006 dengan 3,635 daripada korban ini dari tahun 1969 sehingga 1998.[35] Terdapat laporan bahawa sebanyak 257 daripada mangsa-mangsa konflik ini merupakan anak-anak di bawah umur 17 mewakili 7.2% daripada jumlah kiraan mangsa sewaktu tempoh ini;[36] manakala ada laopran lain yang menyatakan sebanyak 274 orang anak-anak di bawah usia 18 tahun yang terbunuh dalam pergelutan ini.[37]

Kematian mengikut status mangsa
StatusJumlah
Orang awam (termasuk aktivis politik)1841
Kakitangan keselamatan British (berkhidmat dan bekas)1114
Tentera British (termasuk UDR, RIR dan TA)757
Polis Diraja Ulster319
Perkhdmatan Penjara Ireland Utara26
Pasukan polis Inggeris6
Tentera Udara Diraja British4
Tentera Laut Diraja British2
Kakitangan keselematan Ireland11
Garda Síochána9
Tentera Darat Ireland1
Perkhidmatan Penjara Ireland1
Paramilitia Republikan396
Paramilitia Loyalis170

Statistik tambahan

Statistik anggaran tambahan pada konflik[38]
KejadianBil.
Kecederaan47,541
Insiden penembakan36,923
Rompakan bersenjata22,539
Orang-orang dikenakan dengan paramiliter kesalahan19,605
Pengeboman dan cubaan mengebom16,209
Pembakaran2,225