Vitamin B1 (
Thiamine atau
thiamin) ialah satu jenis
vitamin B. Ia merupakan satu
sebatian tidak berwarna dengan
formula kimia C12H17N4OS. Ia boleh larut dalam
air tetapi tidak larutan organik seperti
alkohol. Thiamine boleh melerai jika dipanaskan. Struktur kimianya mengandungi cincin pyrimidine dan cincin thiazole.Thiamine dijumpai pada 1910 oleh Umetaro Suzuki di
Jepun apabila dia membuat kajian tentang cara
nasi bran mengubati
penyakit beri-beri. Beliau menamakannya
asid aberik. Dia tidak mencari komposisi kimianya, juga tidak mengkaji jika ia merupakan amine. Komposisi kimianya dan sintesis dilaporkan oleh Robert R. Williams pada
1935. Dia menamakannya "thiamin". Kini terdapat empat terbitan thiamin fosfat yang diketahui iaitu thiamin monofosfat (ThMP), thiamin difosfat (ThDP), thiamine trifosfat (ThTP) dan terbaru adenin thiamin trifosfat (AThTP).Pada
mamalia, thiamin difosfat (ThDP) atau thiamin purofosfat (TPP) merupakan koenzim untuk pyruvate dehidrogenas, a(alpha)-ketoglutarat dehidrogenas, cincin bercabang alpha-keto asid dehidrogenas dan transketolas. Dua enzim yang pertama berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, manakala transketolas berfungsi di laluan pentos fosfat untuk sintesis NADPH dan gula pentos deoksiribos dan ribos. Secara umumnya, TPP berfungsi sebagai kofaktor untuk enzim yang memangkinkan asid dehidrogenasi alpha-keto. TPP disintesis oleh enzim thiamin pyrofosfokinas yang memerlukan thiamin bebas, magnesium (Mg) dan adenosin trifosfat (ATP).ThTP telah lama dikenali sebagai bentuk aktif-neuro thiamin. Akan tetapi, ia ditunjukkan baru-baru ini bahawa ThTP juga ada pada bakteria, fungus, tanaman dan haiwan, yang menunjukkan peranan sel yang lebih umum. Terutamanya dalam E. coli ia kelihatan memainkan tindak balas terhadap kekurangan asid amino.