Tindak_balas_SN1

Tindak balas SN1 ialah sejenis tindak balas penggantian dalam kimia organik. SN ialah singkatan bagi frasa nucleophilic substitution ("penggantian bernukleofil") dan angka satu membawa maksud bahawa langkah penentuan kadar dalam tindak balas ini ialah satu molekul.[1][2] Mekanisme tindak balas ini dicadangkan oleh Christopher Ingold et al. pada 1940.[3]Tindak balas ini melibatkan karbokation, kation molekul sebatian organik sebagai ion perantaraan dan lazim dijumpai pada tindak balas alkil halida sekunder atau tertier di dalam persekitaran bes kuat atau persekitaran asid kuat bagi alkohol sekunder dan tertier. Bagi alkil halida primer, tindak balas SN2 pula terjadi.