Mekanisme Tindak_balas_SN1

Tindak balas SN1 mempunyai tiga buah langkah. Contoh tindak balas di bawah ialah hidrolisis tert-butil bromida dengan air yang menghasilkan tert-butanol.


  • Langkah pertama ialah atom bromin berpisah daripada molekul dan menjadi anion bromida lalu membentuk karbokation tert-butil. Anion bromida bertindak sebagai kumpulan keluar. Langkah ini perlahan dan berbalik.[4]
  • Seterusnya, berlakunya serangan nukleofilik. Karbokation bertindak balas dengan nukleofil. Sekiranya nukleofil bersifat neutral, yakni suatu pelarut, langkah ketiga diperlukan bagi melengkapkan tindak balas. Sekiranya pelarut ialah air, ion perantaraan ialah ion oksonium. Langkah ini adalah pantas.
  • Kemudian, penyahprotonan berlaku. Proton nukleofil yang diprotonkan dihilangkan oleh molekul air yang bertindak sebagai bes lalu menghasilkan alkohol dan ion hidronium. Langkah ini adalah pantas.