Asal Tinju

Tinju belia dalam fresko Minoan di pulau Santorini, sebuah pulau Yunani.

Bukti terawal membayangkan bahawa sukan tinju tersebar luas di Afrika Utara sejak dari tahun 4000 SM dan di Mediterranean sejak dari tahun 1500 SM.

Raja Thesus, seorang raja Yunani Purba yang memerintah pada sekitar 900 SM dikatakan dihiburkan oleh lelaki-lelaki yang duduk berhadapan satu sama lain dan saling menumbuk sehingga salah satu mereka dibunuh. Dengan berlalunya masa, penumbuk-penumbuk berdiri semasa melawan dan memakai sarung tangan (tidak berpad) dan pembalut pada lengan bawah mereka tetapi selain ini, telanjang semasa bertanding. Diterima sebagai sukan Olimpik (orang Yunani Purba menggelarnya Pygme/Pygmachia) buat pertama kali pada tahun 688 SM, peserta-peserta ketika itu berlatih dengan menggunakan karung tinju (dipanggil korykos). Membebaskan jari-jari mereka, para petinju kemudian memakai pembalut kulit (dikenali sebagai himantes) pada kedua-dua tangan, pergelangan tangan, dan kekadangnya juga pada lengan bawah untuk melindungi mereka daripada kecederaan.

Di Rom Kuno, petinju biasanya merupakan penjenayah dan abdi. Mereka harap menjadi johan untuk mencapai kebebasan mereka. Bagaimanapun, lelaki bebas juga bertinju. Akhirnya, tinju menjadi amat popular sehingga orang bangsawan juga turut bertinju tetapi perbuatan mereka ini diharamkan oleh Raja Augustus. Pada tahun 500, sukan tinju diharamkan sama sekali oleh Theodoric Agung.