Kerjaya Tiz_Zaqyah

2006–2012: Kerjaya awal, kejayaan utama dan Nur Kasih

Tiz Zaqyah pada 2011.

Kejayaan yang telah dicapai Tiz ialah melalui drama Nur Kasih yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.[6] Pada 2010, dikhabarkan yang drama Nur Kasih akan difilemkan dan ditayangkan pada tahun 2011. Tiz akan berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.[7][8] Pada tahun 2011, Tiz berlakon dalam beberapa drama hebat seperti Gemilang[9] dan Soffiya.[10] Dalam drama Gemilang, Tiz memainkan karakter sebagai guru yang mahu pelajarnya cemerlang dalam pelajaran mereka, dan dalam drama Soffiya pula, Tiz memainkan watak sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai banyak masalah dan telah di rogol oleh bapa kandungnya sendiri.[11]. Pada tahun 2012, Tiz terbabit dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu. Dalam drama ini, Tiz membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dan dia memiliki ciri-ciri keperibadian pemilik asal jantung itu yang membuatkan dia tertaut hati kepada lelaki merupakan kekasih pemilik asal jantungnya itu. Setakat ini, Tiz telah berlakon sebanyak dua buah filem iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura. [12][13][14]

2013: Peningkatan kerjaya dan Cinta Jangan Pergi

Pada pertengahan tahun 2013, Tiz Zaqyah akhirnya membuat penampilan barunya setelah sekian lama menyepi. Drama komedi romantik terbarunya iaitu Sebenarnya, Saya Isteri Dia! yang ditayangkan di slot Zehra, TV3 bersama pelakon segak dan berbakat besar, Izzue Islam telah berjaya menambat hati penonton. Tiz membawa watak Syaf yang dipaksa berkahwin dengan Firash oleh maknya selepas mereka ditangkap basah oleh tunang Syaf, merangkap abang kepada Firash. Selain itu, Tiz membawakan watak Lea Soraya untuk drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan aktor Nur Kasih, Remy Ishak dengan watak sebagai Khalil. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.

Kerjaya Tiz tidak terhenti dengan dua buah drama itu sahaja. Beliau juga berlakon dalam drama Jodoh Itu Milik Kita dengan watak sebagai Dahlia yang disiarkan di slot Astro Mustika menggantikan drama Dahlia.

2014–kini: Kusinero Cinta dan perkembangan terkini

Tiz membintangi drama bersiri 60 episod Kusinero Cinta yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Maya HD. Drama ini merupakan gandingan beliau bersama Aaron Aziz dan pertama kali digandingkan bersama pelakon Filipina, Jericho Rosales. Drama ini turut dibintangi oleh Miera Leyana, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Putri Mardiana dan ramai lagi.[15][16]

Pada 6 April 2016, beliau berlakon dalam drama Akadku Yang Terakhir bersama dramatis Amar Baharin, namun adegan antara Tiz dan Amar menjadi bualan umum.[17] Tiz kemudiannya muncul dalam drama Lara Cinta Ameena yang memulakan siaran pada 30 November 2016. Pada 2017, Tiz muncul dalam drama web Qaseh di saluran YouTube Kota Seriemas.

Beliau menjayakan watak Mariam, isteri kepada Saleh (lakonan Remy Ishak) dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[18]

Tiz digandingkan bersama Kamal Adli menjayakan peranan utama dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman yang ditayangkan pada 14 September 2017; beliau memegang watak sebagai Krisya.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tiz_Zaqyah http://www.agendadaily.com/Hiburan/impian-tiz-zaqy... http://beautifulnara.com/10-artis-wanita-tercantik... http://beautifulnara.com/bila-tiz-zaqyah-menyanyi-... http://beautifulnara.com/gambartiz-zaqyah-zaman-se... http://beautifulnara.com/kami-benar-benar-putus-ci... http://beautifulnara.com/remy-ishak-dan-tiz-zaqyah... http://www.budiey.com/gambar-tiz-zaqyah-di-sessi-r... http://www.budiey.com/nadiya-nisaa-ditawarkan-rm20... http://www.budiey.com/rozita-che-wan-tiz-zaqyah-dr... http://www.budiey.com/senarai-finalis-akhir-anuger...