Ekonomi Togo

Rencana utama: Ekonomi Togo

Ekonomi sub-Sahara Togo yang kecil ini amat bergantung kepada kedua-dua pertanian komersil serta pertanian sara diri yang memberikan pekerjaan kepada 65% daripada tenaga buruhnya. Koko, kopi, dan kapas bersama-sama memberikan lebih kurang 30% daripada perolehan eksport Togo. Togo adalah negara mampu diri dari segi bahan makanan asas ketika tuaiannya adalah normal, dengan kesukaran bekalan kawasan dihadapi sekali-sekala. Dalam sektor perindustrian, pelombongan fosfat merupakan kegiatannya yang paling penting walaupun ekonomi Togo telah terjejas, akibat kejatuhan harga fosfat dunia serta persaingan asing yang meningkat. Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita ialah AS$380 (Bank Dunia, 2005).

Togo bertindak sebagai sebuah pusat komersil dan perdagangan wilayah. Usaha kerajaan selama sedekad yang dibantu oleh Bank Dunia dan IMF untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi ekonomi, menggalakkan pelaburan asing, dan menyebabkan hasil negara sepadan dengan perbelanjaan, telah berhenti.

Pergolakan politik, termasuk mogok-mogok dalam sektor kerajaan dan swasta pada sepanjang tahun 1992 dan 1993 telah menjejaskan rancangan reformasi, menyusutkan asas cukai, serta mengganggu kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting. Turun nilai mata wang pada 12 Januari 1994 sebanyak 50% memberikan dorongan yang penting terhadap pelarasan struktur yang baru. Usaha-usaha itu dimudahkan oleh keakhiran persengketaan pada tahun 1994 dan pengembalian kepada ketenangan politik yang terang-terangan. Kemajuan negara ini bergantung kepada keterbukaan operasi-operasi kewangan kerajaan (untuk memberi perkhidmatan sosial yang lebih banyak) dan mungkinnya pengurangan saiz tenteranya yang rejim itu telah bergantung untuk mengekalkan diri. Kekurangan bantuan, bersama-sama dengan harga koko yang murah, mengakibatkan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1% pada tahun 1998, dengan pertumbuhan disambung semula pada tahun 1999.