Geografi Togo

Rencana utama: Geografi Togo

Togo ialah sebuah negara sub-Sahara yang kecil dan sempit yang menyempadani Teteluk Benin di selatan, Ghana di barat, Benin di timur, dan Burkina Faso di utara..

Di utara, kawasannya dicirikan oleh savanah beralun, berbanding dengan kawasan tengahnya yang dicirikan oleh bukit-bukau. Togo selatan mempunyai sebuah penara yang terbentang sehingga dataran pantai yang mengandungi banyak lagun dan tanah paya. Luasnya negara ini 21,925 batu persegi (56,785 km²), dengan kepadatan penduduk purata sebanyak 253 orang per batu persegi (98/km²). Pada tahun 1914, negara ini menukarkan namanya daripada Togoland kepada Togo.