Pencerapan serta catatan pertama
transit Zuhrah dibuat dalam tahun 1639 oleh dua
ahli falak Inggeris,
Jeremiah Horrocks dan rakannya
William Crabtree.
[1] Dua orang sahabat ini membuat pencerapan secara bersendirian pada 4 Disember tahun itu (24 November mengikut
takwim Julius yang digunakan di ENgland pada masa itu); Horrocks membuat cerapannya dari
Carr House, kemudian di kampung
Much Hoole,
Lancashire, dan Crabtree pula dari rumahnya di
Broughton, berdekatan
Manchester.Dua orang rakan ini, pengikut ilmu falak baharu
Johannes Kepler, merupakan pengamal
falak matematik yang bekerja secara sistematik untuk membetul dan memperbaiki
Jadual Rudolph Kepler melalui pencerapan dan pengiraan. Pada tahun 1639, Horrocks merupakan satu-satunya ahli falak yang sedar bahawa transit Zuhrah akan berlaku; yang lain hanya sedar selepas laporan Horrocks berkaitan dengan transit tersebut diedarkan. Walaupun kedua-dua sahabat ini meninggal dunia dalam jangka masa lima tahun selepas membuat pencerapan mereka, kerja penting mereka amat berpengaruh bagi menetapkan saiz
Sistem Suria. Oleh sebab ini dan kerja-kerja lain, Horrocks dan Crabtree, serta rakan persuratan mereka,
William Gascoigne, dianggap bapa ilmu falak penyelidikan British.