Treasure_Island_(filem_1950)

Treasure Island ialah sebuah filem pengembaraan buatan Disney dari tahun 1950, yang diadaptasikan dari novel Treasure Island oleh Robert Louis Stevenson. Ia dibintangi oleh Bobby Driscoll sebagai Jim Hawkins, dan Robert Newton sebagai Long John Silver. Ini merupakan filem Disney sulung yang berbentuk lakonan hidup sepenuhnya dan versi filem warna pertama buat Treasure Island.Sebuah filem susulan kepada filem ini, iaitu Long John Silver yang bukan keluaran Disney, dikeluarkan pada tahun 1954, menampilkan Newton yang menyandang semula watak Long John Silver. Newton terus memegang peranan Silver dalam siri TV The Adventures of Long John Silver.Filem ini menerima penilaian "100%" yang jarang sekali dari Rotten Tomatoes.