Filem Trilogi_Cicakman

Cicak-Man

Rencana utama: Cicak-Man

Cicak-Man ialah filem terbitan KRU Films yang merupakan percubaan daripada pengarah yang berbakat Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandaraya ciptaan Metrofulus. Genre filem ini ialah komedi-aksi dan cereka sains. Pengarah filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia.

Cicakman 2 - Planet Hitam

Cicakman 2 - Planet Hitam ialah sambungan filem Cicak-Man. Filem ini mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia, Brunei, oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[8]


Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini mengembalikan watak terdahulu di samping diperkenalkan watak baharu.

Cicakman 3

Rencana utama: Cicakman 3

Cicakman 3 ialah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios[9]. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan Man (Zizan Razak), seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.

Rujukan

WikiPedia: Trilogi_Cicakman http://www.astroawani.com/kini-trending/sneak-peek... http://cicakman.com http://cicakman.com/cicakman2/main.html http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/... http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&produ... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hibu... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Se... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Be... http://www.hmetro.com.my/node/35108