Watak Tsubasa:_Reservoir_Chronicle

Watak utama

  • Syaoran (小狼): Wira cerita ini yang (pada permulaan cerita) tidak mempunyai apa-apa kuasa ajaib, namun merupakan pengamal seni mempertahankan diri yang mahir dan bercita-cita menjadi ahli arkeologi yang luas pengetahuannya dalam pelbagai bahasa, sejarah dan artifk. Watak dipetik dari Cardcaptor Sakura.
    Mata kanannya buta; kadang-kala, dalam mimpi penuh misteri, dia boleh melihat melalui mata itu dan melihat wajah yang tidak dikenali sebagai dirinya dalam cermin. Sewaktu kecil Syaoran sering merayau-rayau di jalanan tanpa apa-apa kenangan, sebelum dijumpai dan dijadikan anak angkat oleh seorang lelaki (bapa Sakura dalam Card Captor Sakura), yang kini sudah meninggal lalu meninggalkan anak angkatnya untuk meneruskan kerjanya. Dia memperoleh pedangnya Hien ketika berdiam di Ōto, di mana dia belajar menggunakannya dari Kurogane, serta melatih untuk berlawan dari Seishirō yang kemudian menjadi musuhnya dan boleh merentas antara dimensi dan meluahkan hasratnya untuk memburu pontianak. Kini, terdapat dua versi Syaoran dalam cerita ini: Syaoran "sebenar" dan klonnya yang menjadi watak utama kebanyakan cerita. Kedua-duanya memiliki kuasa sihir yang amat banyak.
  • Sakura (サクラ): Puteri Negara Clow yang periang, tidak mementingkan diri sendiri, dan berjiwa tabah. Dia menyatakan bahawa jika adanya sesuatu yang dia boleh lakukan, maka dia akan mencuba sedaya upayanya. Sayapnya merupakan manifestasi semangatnya, iaitu hati dan ingatannya. Watak dipetik dari Cardcaptor Sakura.
    Pada awal siri ini, Sakura ialah puteri Negara Clow yang jatuh hati terhadap Syaoran, rakan zaman kecilnya. Apabila dia hendak meluahkan perasaan kepada Syaoran, suatu kuasa misteri mengakibatkan kuasa sihirnya yang selama ini tidak aktif untuk bangkit dalam bentuk sayap berbulu. Setelah bulu pelepahnya tertabur di sekitar masa dan angkasa, Syaoran bersumpah untuk mendapatkan kembali setiap helai bulu pelepah yang mewakili secebis kenangan yang diingati Sakura sejak lahir dan disambung pada hatinya; tanpa bulu-bulu itu, dia akan mati. Fei Wong (penjahat utama siri ini) menguji kebolehan orang-orang seperti Paderi Yukito, Puteri Tomoyo, dan Yūko untuk merentas dimensi dan menyatakan bahawa kuasa yang terpendam dalam Sakura dan runtuhan Clow mengatasi segalanya.Seperti Syaoran,Sakura ini juga adalah klon ciptaan Fei Wong Reed.Sakura yang sebenarnya masih berada di Negara Clow dalam satu dimensi di mana masa tidak bergerak.Nama sebenarnya bukan Sakura tetapi Tsubasa (lihat siri akhir manga).
  • Kurogane (黒鋼): Ninja yang bersikap kasar dari Jepun zaman feudal, dibuang negeri kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugasnya. Secara terperinci, Kurogane dipandang sebagai pahlawan terhebat di dunianya, namun sikapnya yang sering membunuh semua penceroboh yang dilihatnya tanpa usul periksa menyebabkan Puteri Tomoyo memutuskan untuk menghukumnya sebegitu. Dia sering dilihat berpakaian serba hitam, maka dia digelar oleh Fay sebagai Encik Kuro. (Kuro dalam bahasa Jepun bermaksud "hitam.") Asalnya dia memiliki bilah Ginryū sebelum memyerahkannya kepada Yuko untuk menepati satu urusan dengannya. Meskipun sifatnya yang ganas, dia tidak kurang sikap belas kasihan dan berkesanggupan membela nasib teman-temannya. Watak ini adalah watak asli yang direka khusus bagi siri Tsubasa.
  • Fay D. Flourite (ファイ・D・フローライト, Fai D. Furōraito): Seorang mage yang senang-lenang dari Negara Celes. Sungguhpun kelihatan sentiasa senang hati dan berpura-pura berpengetahuan kurang daripada yang sebernarnya, namun dia mempunyai banyak helah yang menanti sesiapa yang tidak menyangkanya. Adalah diketahui bahawa Fay merentas dimensi untuk melarikan diri daripada Raja Ashura, dan dia telah menukar bentuk "ciptaan" sendirinya, Chii (watak asalnya dari Chobits) menjadi perisai berupa jaring sebagai alat seolah-olah penggera bagi Fay jika Ashura bangkit. Ciptaan Fay iaitu Chii dicipta mengikut wajah ibu Fay. Fay dikatakan seorang putera yang diselamatkan oleh Raja Ashura dan mempunyai seorang kembar bernama Yuui yang telah mengorbankan diri demi kembarnya dalam cubaan melarikan diri pada masa dahulu. Watak ini adalah watak asli yang direka khusus bagi siri Tsubasa.
  • Mokona Modoki (モコナ=モドキ): Makhluk yang diberi kepada Syaoran, Fay dan Kurogane oleh Yuko setelah menukarkan barang paling berharga mereka. Mokona ialah watak cross-over dari Magic Knight Rayearth (ciptaan CLAMP)serta salah satu makhluk kad dari Cardcaptor Sakura. Jantina Mokona masih tidak diketahui.

Watak sampingan

  • Yuuko Ichihara (壱原侑子, Ichihara Yuuko): Juga dikenali sebagai Ahli Sihir Dimensi atau Ahli Sihir Ruang Angkasa-Masa, tinggal di Jepun masa sekarang.Watak dipetik dari xxxHolic.
  • Syaoran sebenar: Disimpan dalam sebuah bilik cecair di istana Fei Wong Reed, dnegan mata kirinya dilitupi sehelai kain, tangan dan lengannya diikat secara jampi serta pakaiannya bertandakan lambang kelawar Fei Wong Reed. Sebenarnya, inilah Syaoran yang asal manakala Syaoran di sisi Sakura ialah klon yang dicipta Fei Wong Reed. Syaoran ini merupakan darah daging Clow Reed maka dia boleh menggunakan sihir dan memberi separuh jantungnya kepada klonnya, Syaoran, untuk menghalang rancangan Fei Wong buat seketika. Dia digambarkan sebagai penjahat (adalah dipercayai bahawa dia sedang mengawal tindakan klon itu, tetapi hanya sifat semula jadi klon itu yang menonjol) sehingga adalah diketahui bahawa watak utama, Syaoran, merupakan klon. Tidak seperti klon itu, Syaoran sebenar ini mempunyai kebolehan sihir dan mampu menyeru pedang (yang amat menyerupai pedang yang dipakai Syaoran Li dalam Cardcaptor Sakura).Seperti Sakura,nama sebenarnya adalah Tsubasa.
  • Seishirou: Seorang pengembara penuh misteri dari masa silam Syaoran yang memperoleh kuasa merentas dimensi dari Yuuko. Dia sedang mencari kembar pontianak dan, seperti mana adik lelakinya, dia seorang pemburu harta karun, bukannya pemburu pontianak seperti yang disangka awal lagi. Kebolehannya termasuk menyeru Oni untuk bertarung dengannya. Dia mampu melakukan kebolehan-kebolehan ini dengan bantuan bulu pelepah Sakura yang gagal dipetik Syaoran ketika bertembung dalam wilayah Ōto. Seishirou sebagai pejuang yang berpengalaman juga pernah mengajar Syaoran teknik tendangannya. Dia merupakan watak dari Tokyo Babylon dan X/1999.
  • Subaru: Seorang daripada kembar pontianak yang diburu Seishirou dan kelihatan sebagai satu-satunya kembar yang dipentingkan pemburu itu. Setibanya di dunia 'Tokyo', Subaru tertidur dan tidak sedar lagi sehingga tibanya Syaoran dan rakan-rakannya. Dialah protagonis utama dalam Tokyo Babylon yang turut memainkan peranan penting dalam X/1999.
  • Kamui: Seorang lagi daripada kembar pontianak yang diburu Seishirou. Identiti sebenarnya terdedah setelah dia menyerang klon Syaoran dalam cubaan menggunakan darah Syaoran untuk membangkitkan Subaru. Kamui asalnya watak utama dalam X/1999. Dia dan Subaru memperoleh kuasa merentas dimensi sebagai sepasang kembar dari Yuuko. Adalah diingatkan bahawa dalam Tokyo Babylon, Kamui bukan adik kembar Subaru, lagipun usia mereka tidak sama. Subaru ada adik kembar perempuan bernama Hokuto.
  • Fuuma: Adik lelaki Seishirou yang juga seorang pemburu harta karun. Dia tiba di 'Tokyo' empat tahun sebelum Syaoran kisah bersama sepucuk bulu pelepah Puteri Sakura. Tidak banyak yang diketahui mengenainya sekarang, namun dia kelihatan berminat terhadap Kamui serta berkawan dengan Yuuko yang memberi barang-barang kepadanya apabila merentas dimensi. Dialah juga watak jahat dalam X/1999.
  • Puteri Tomoyo: Puteri negeri Jepun feudal yang menghantar Kurogane dalam pengembaraan bersama Syaoran, Puteri Sakura dan Fay. Tomoyo ialah tukang sihir miko yang kuat dan bertanggungjawab untuk memastikan para penjaga Jepun melindungi negara dari ancaman syaitan. Dia juga seorang yumemi (pengimbas mimpi) yang berkebolehan melihat mimpi orang lain. Satu lagi jelmaannya muncul di Dunia Piffle. Watak petikan dari Cardcaptor Sakura.
  • Raja Ashura: Raja Celes, yang berhunungan rapat dengan Fay. Fay menjampi Raja Ashura sehingga tidur pada permulaan Tsubasa dan membentuk Chii untuk ditugaskan sebagai penjaga Raja Ashura. Ashuralah sebab bagi Fay hendak merentas dimensi dan mengelak daripada kembali ke Celes, tetapi sebab Fay mengurungnya awal-awal begini dan Fay takut akan kebangkitan Raja Ashura belum diketahui. Raja Ashura ialah watak petikan dari RG Veda.
  • Clow Reed: Tukang sihir ini terikat pada jalan cerita, tetapi tidak muncul secara langsung kerana dia sudah lama meninggal sebelum bermulanya cerita. Seorang watak petikan dari Cardcaptor Sakura. Dia dan Yūko kelihatan mempunyai hubungan yang renggang. Satu lagi jelmaan, iaitu Raja Clow Reed juga telah meninggal sebelum bermulanya cerita, merupakan bapa Sakura dan Touya dalam Tsubasa.

Watak jahat

Xing Huo (kiri) dan Fei Wong Reed (kanan)
  • Fei Wong Reed: Penjahat yang berkuasa dan penuh misteri dan sedang mengejar bulu pelepah Sakura. Dia kemudiannya didapati seorang keturunan Clow Reed dan amat tahu akan kuasa Yūko. Dialah yang mengurung Syaoran "sebenar" dan mencipta Syaoran yang menjadi protagonis Tsubasa. Sunggupun sudah memiliki kuasa merentas dimensi seperti Paderi Besar Clow dan Puteri Tomoyo, dia teringinkan sayap Sakura yang boleh mengatasi kuasa-kuasa semua yang mampu merentas dimensi, serta kuasa yang terselindung di bawah puing Negara Clow bagi "mengembalikan impian yang sudah berkecai". Dia tidak mengendahkan berapa banyaknya darah yang perlu ditumpah untuk mendapatkan kuasa itu; sesiapa yang dibunuhnya (atau hendak dibunuhnya) termasuk ibu Kurogane.
    Objecktif sebenar Fei Wong bukan untuk memperoleh bulu pelepah Sakura; sebaliknya, penaburan kenangan Sakura bertujuan memberi satu motif yang memaksanya untuk merentas dimensi untuk mengutip kembali serpihan kenangannya lalu memperoleh memori jasmani yang diperoleh Sakura melalui kuasanya sewaktu melawat pelbagai dimensi. Maka penghamburan memori-memori Sakura dan menjadikan Syaoran, Fay dan Kurogane menemani Sakura dalam perjalanannya adalah satu situasi yang dirancang dari awal oleh Fei Wong bagi mencapai "hajatnya".
  • Xing Huo: Pembantu Fei Wong. Tidak banyak yang diketahui mengenainya selain kenyataan bahawa dialah pembantu Fei Wong dan juga seolah-olah "ciptaan yang gagal". Namun begitu, makin lanjut cerita ini makin mendalam wataknya. Dalam Jilid 15 manga ini dia membantu Syaoran sebenar untuk bertemu dengan Yūko setelah bangkit (Jilid 10 xxxHOLiC), tetapi pernah menyatakan bahaw cuma sekali sahaja dia melakukannya. Xing Huo memberi sebab kepada Syaoran "sekiranya mimpi itu tiada penghujungnya." Sejurus selepas itu dia dibunuh oleh Fei Wong.
  • Kyle Rondart: Seorang ejen Fei Wong Reed, pertama sekali muncul dalam negara Jade sebagai dokotr yang baik yang sentiasa menolong penduduk desa dengan masalah mereka sewaktu kanak-kanak dalam desa itu mula ghaib. Mulanya dia kelihatan baik hati dan ikhlas, tetapi lama-kelamaan dalam keadaan hipnosis dialah yang mengerah kanak-kanaknya (kebanyakannya pesakitnya) kepada kota lama untuk menggali keluar bulu pelepah Sakura. Dia menjelma sekali lagi di Dunia Piffle sebagai orang yang sama, dengan menyedari bahawa Syaoran dan rakan-rakannya barangkali menganggap bahawa dia cuma satu lagi jelmaan dirinya. Di Dunia Piffle dia cuba mensabotaj perlumbaan mencari bulu pelepah Sakura, namun melarikan diri tanpanya.