Sejarah Tteokbokki

Tteokbokki ialah makanan jalanan tradisional Korea yang boleh dibeli dari gerai jalanan juga dipanggil “pojangmacha” dalam bahasa Korea. Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon. Terdapat banyak tekaan dan kontroversi tentang asal usul sebenarnya. Menurut data bibliografi, teokbokki pertama dalam sejarah Korea dikatakan muncul dalam buku masakan bernama “시의정서 (Siui jeongseo)” ditulis ketika lewat zaman Dinasti Joseon. Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta yang tteok (bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan, adalah mungkin untuk diandaikan yang sejarahnya adalah lebih lama daripada apa yang dijangka. Tteokbokki turut dijumpai dalam rekod perubatan: buku yang diberi nama “신뇨찬요 (Shingnyo chanyo)” ditulis oleh Jeon Sunui, pegawai perubatan pada zaman Dinasti Joseon (1460). Tujuan buku ini ditulis adalah untuk merawat pesakit melalui makanan dan tteokbokki adalah sebahagian daripadanya.

Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Ia dikenali sebagai "궁중 떡볶이 (gungjung tteokbokki)", Tteokbokki Istana. Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas. Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas.

Tteokbokki, kini, sering dianggap sebagai hidangan jalanan yang boleh didapati di gerai tepian jalan (pojangmacha) dan bar snek kecil. Kebelakangan ini, walau bagaimanapun, terdapat usaha menjadikan tteokbokki daripada hidangan jalanan kepada francais makanan. Ini disebabkan permintaan makanan tersebut secara berterusan di kalangan penduduk Korea. Tteokbokki kini dianggap oleh sesetengah orang mempunyai potensi besar untuk dijadikan perniagaan besar. Maka, banyak restoran rantaian dan pelbagai jenama yang menjual tteokbokki hmuncul sejak 2009. Tambahan pula, terdapat usaha untuk menjadikan tteokbokki dikenali seluruh dunia di pasar raya makanan antarabangsa. Kerajaan Korean telah mewujudkan makmal tteokbokki pada 2009 dalam usaha mengglobalkan makanan tersebut dan menyediakan sokongan teknikal untuk pemantapannya. Setiap tahun, lebih kurang satu bilion won Korea dibelanjakan untuk projek kerajaan ini untuk menjadikan tteokbokki menjadi produk antarabangsa. Untuk mencapai hasrat tersebut, terdapat penyelidikan dalam kajian pasaran, pembuatan sos, jenis kek beras dan kaedah masakan untuk menyesuaikannya kepada negara-negara lain. Ejaan “topokki” diberikan secara rasmi oleh institut ini untuk memudahkan panggilan kepada pasaran antarabangsa. Hari ini, kebanyakan tteokbokki diperbuat oleh tepung tetapi selepas projek kerajaan tersebut, terdapat usaha untuk menggunakan beras. Hal ini disebabkan beras dianggap lebih sihat berbanding tepung dan membantu dalam menaikkan pasaran beras tempatan.[4][5]

Sejarah moden

Mi ddeokbokki (쫄볶이)

Berikutan Perang Korea, tteokbokki jenis baru menjadi sangat popular. Sementara versi yang lama lebih berasa savori, jenis yang baharu ini adalah lebih pedas dan menjadi cepat popular berbanding versi tradisional. Sebagai tambahan kepada bahan tradisional, tteokbokki tersebut menggunakan gochujang, pes terawet pedas yang diperbuat daripada cili, bersama kek ikan. Bahan lain yang ditambah kepada tteokbokki termasuklah telur, mandu (ladu Korea) goreng, sosej, ramyeon (yang menjadikannya rabokki/labokki 라볶이), pelbagai sayuran goreng, dan keju. Kebelakangan ini, banyak jenis tteokbokki yang popular seperti tteokbokki makanan laut (해물 떡볶이) atau tteokbokki beras (쌀떡볶이). Tteokbokki tepung popular pada suatu masa dahulu tetapi lewat ini, tteokbokki beras adalah lebih popular.

Sindang-dong di Seoul, tempat tteokbokki pertama kali dijual, masih terkenal dengan makanan ini dan dikenali sebagai pusat bagi tteokbokki. Sejak tteokbokki menjadi satu daripada makanan paling popular, seseorang amat mudah mendapatinya di Korea.

Rujukan

WikiPedia: Tteokbokki http://themoodkitchen.blogspot.com/2013/07/tteokbo... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2009/... http://www.cnngo.com/explorations/eat/asia-street-... http://www.cnngo.com/seoul/eat/search-spiciest-dis... http://news.kukinews.com/article/view.asp?page=1&g... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.samna.co.kr/tlreks/tls182.htm http://www.clickkorea.org/Food/foodView.asp?idx=27... http://www.konglishkitchen.blogspot.co.uk/2012/08/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Tteokb...