Nama Tuhan_dalam_agama_Yahudi

Batu Bersurat Mesha mempunyai sebutan tuhan Israel, Yahweh, yang paling awal yang diketahui (840 SM).[10]

Nama Tuhan yang paling kerap digunakan dalam Bible Ibrani ialah Tetragramaton (Ibrani: יהוה, rumi: YHWHcode: he is deprecated ).[9] Orang Yahudi mengikut adat tidak menyebutnya, dan sebaliknya memanggil Tuhan ha-Syem, harfiahnya bererti "Nama".[9] Dalam sembahyang, Tetragramaton digantikan dengan menyebut Adonai, yang bermaksud "Tuhanku".[6] Ini terutamanya digunakan dalam Taurat: "Dengarlah, wahai bani Israel: TUHAN ialah Tuhan kita, TUHAN itu Esa" (Ulangan 6:4).[6] Para ulama Yahudi umumnya sepakat sebutan asal nama itu adalah "Yahweh".[11] Dalam tafsiran tradisional Yahudi, Tuhan selalu dirujuk dengan kata sandang maskulin sahaja.[12]

Rujukan

WikiPedia: Tuhan_dalam_agama_Yahudi https://books.google.com/books?id=EzfsDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=drMlEAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=hKAaJXvUaUoC&pg=... https://books.google.com/books?id=QZs3AAAAIAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=wYlUEAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=XKjDDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=pcAkKMECPKIC&pg=... https://books.google.com/books?id=EYtjY7GJav4C&pg=... https://books.google.com/books?id=qRtUqxkB7wkC&pg=... https://books.google.com/books?id=2xadCgAAQBAJ&q=K...