Tuhan_dalam_agama_Yahudi
Tuhan_dalam_agama_Yahudi

Tuhan_dalam_agama_Yahudi

Dalam agama Yahudi, terdapat pelbagai pemahaman tentang Tuhan.[1] Menurut asalnya, agama Yahudi percaya bahawa Yahweh, tuhan Abraham, Ishak, Yaakub dan bani Israel menyelamatkan mereka daripada perhambaan di Mesir, dan memberikan mereka Hukum-hakam Musa di Gunung Sinai, seperti dalam Taurat.[2][3][4] Orang Yahudi asalnya percaya pada keesaan Tuhan ("Yahweh adalah satu"),[3][5][6] yang berada di luar alam semesta dan pada masa yang sama terlibat secara aktif dalam alam semesta).[3]Tuhan dianggap unik dan sempurna, bebas daripada segala kesalahan, kekurangan dan kecacatan, malah maha berkuasa, maha hadir, maha mengetahui, tidak terpermana dalam semua sifatnya, satu-satunya pencipta segala yang wujud dan tidak mempunyai pasangan atau sekutu.[3][7] Dalam agama Yahudi, Tuhan tidak pernah digambarkan.[8] Taurat tegas melarang menyekutukan kuasa Tuhan, kerana dipercayai bahawa tiada sesiapa sepertinya, dia tidak berbelah bahagi dan tiada tandingan, serta tiada yang serupa dengannya.[3][7] Maka, Tuhan langsung tidak menyamai apa-apa di dalam atau di dunia, juga melebihi apa yang boleh manusia fikirkan atau ungkapkan.[3][7] Nama-nama Tuhan yang paling kerap digunakan dalam Bible Ibrani ialah Tetragramaton (Ibrani: יהוה, rumi: YHWHcode: he is deprecated ) dan Elohim.[3][9] Nama lain Tuhan dalam agama Yahudi tradisional termasuk el-Elyon, el Syaddai, dan Syekhinah.[9]Menurut teologi rasionalistik yang diutarakan oleh ahli falsafah dan mufti Yahudi zaman pertengahan, Moses Maimonides, yang kemudiannya banyak mempengaruhi pandangan Yahudi rasmi dan tradisional, Tuhan adalah satu-satunya pencipta, yang esa, tidak dapat dibahagikan dan tiada bandingan.[3][7] Maimonides bersetuju dengan idea Ibnu Sina bahawa Tuhan itu Maha Esa, wujud di mana-mana dan tidak berjasad,[7] serta Tuhan diperlukan untuk wujudnya alam semesta. Selain itu, beliau menyanggah idea Aristotle bahawa Tuhan tidak mengubah apa-apa, juga kepercayaan-kepercayaan lain Aristotle seperti menafikan bahawa Tuhan mencipta segala-galanya sementara mengatakan dunia asalnya memang wujud.[7] Kepercayaan tradisional Yahudi mengatakan Tuhan adalah umpama "orang" yang boleh membantu manusia tetapi juga berkuasa dan di luar pemahaman insan,[9] manakala beberapa tafsiran moden menekankan Tuhan bukan "seseorang" tetapi lebih kepada satu idea atau zat yang kuat, tidak mengambil peduli dengan alam semesta.[1][3]

Rujukan

WikiPedia: Tuhan_dalam_agama_Yahudi https://books.google.com/books?id=EzfsDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=drMlEAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=hKAaJXvUaUoC&pg=... https://books.google.com/books?id=QZs3AAAAIAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=wYlUEAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=XKjDDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=pcAkKMECPKIC&pg=... https://books.google.com/books?id=EYtjY7GJav4C&pg=... https://books.google.com/books?id=qRtUqxkB7wkC&pg=... https://books.google.com/books?id=2xadCgAAQBAJ&q=K...