Tulisan_pepaku

Tulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah. Ia dikenali dengan aksara-aksara berupa baji yang ditulis dengan gedabung tumpul di atas batu bersurat daripada tanah liat. Istilah "kuneiform" bermaksud "bentuk baji" daripada bahasa Latin iaitu cuneus "baji" dan forma "bentuk", dan mungkin dilariskan dari cunéiforme dalam bahasa Perancis Lama.Tulisan pepaku mula-mula tercipta di Sumer pada akhir alaf keempat SM (iaitu zaman Uruk IV) sebagai suatu sistem piktograf. Pada alaf ketiga SM, aksara-aksara perlambangannya menjadi dipermudah dan lebih mujarad dengan berkurangannya bilangan aksara dari kira-kira 1,000 pada awal Zaman Gangsa ke sekitar 400 pada lewat Zaman Gangsa (pepaku Het). Tulisan pepaku terdiri daripada gabungan lambang-lambang logofonetik (perlambangan campur sebutan), huruf konsonan dan suku kata.[1]Tulisan Sumer yang asal ini bukan hanya disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa Akkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, dan Urartu, bahkan juga mengilhami abjad-abjad Ugarit dan Parsi Lama. Tulisan pepaku beransur-ansur digantikan oleh abjad Phoenicia sewaktu Empayar Neo-Assyria. Menjelang abad ke-2 M, tulisan pepaku sudah pupus, maka hilanglah segala pengetahuan tentang pembacaan dan penulisannya sehingga ia ditafsir pada abad ke-19.Dianggarkan dari setengah juta[2] hingga dua juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden. Daripada itu, hanya kira-kira 30,000[3] ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan. Muzium British menyimpan koleksi terbesar iaitu kira-kira 130,000 keping, diekori oleh Muzium Timur Dekat Berlin, Louvre di Paris, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Kebangsaan Iraq, Koleksi Babylon Yale (kira-kira 40,000) dan Muzium Penn. Kebanyakannya telah "terbiar dalam koleksi-koleksi ini selama seabad tanpa diterjemah, dikaji atau diterbitkan,"[2] kerana di dunia ini hanya ada beberapa ratus orang pentafsir pepaku yang berkelayakan.[3]

Tulisan_pepaku

Bahasa Akkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, Sumeria, Urartu, Parsi Lama
Pengarahan Templat:ISO 15924 direction
ISO 15924 Xsux, 020
Sistem penulisan kanak-kanak tiada;
mempengaruhi bentuk Ugarit
tampak mengilhami tulisan Parsi Lama
Sistem penulisan induk
(Prototulisan)
  • Pepaku (Kuneiform)
Julat Unicode U+12000 to U+123FF (Pepaku Sumer-Akkadia)
U+12400 to U+1247F (Angka-angka)
Alias Unicode Templat:ISO 15924 alias
Tempoh masa c. abad ke-31 SM ke abad pertama M
Jenis