Tumor_kelenjar_perianal
Tumor_kelenjar_perianal

Tumor_kelenjar_perianal

Tumor kelenjar perianal ialah sejenis tumor yang dijumpai dekat dengan dubur pada anjing yang bangkit daripada tisu kelenjar khas yang dijumpai pada perineum. Kelenjar perianal tidak wujud pada kucing.[1] Ini juga dikenali sebagai tumor hepatoid kerana keserupaannya pada rupa bentuk sel dengan hepatosit (sel hati). Penyakit ini paling kerap terlihat pada anjing utuh (tidak dineuterkan) dan merupakan jenis tumor ketiga paling kerap pada anjing jantan utuh.[2] Terdapat dua jenis tumor kelenjar perianal, adenoma kelenjar perianal, yang benigna, dan adenokarsinoma kelenjar perianal, yang malignan. Kedua-duanya mempunyai reseptor untuk testosteron.[3] Adenoma kelenjar perianal adalah tiga kali ganda lebih boleh jadi dijumpai pada anjing jantan daripada anjing betina.[4] Baka paling kerap terjejas untuk adenoma ialah husky Siberia, cocker spaniel, anjing Peking, dan anjing Samoyed; untuk adenokarsinoma baka paling kerap terjejas ialah husky Siberia, buldog, dan malamut Alaska.[4]Tumor kelenjar perianal terletak paling kerap pada kulit di sekitar dubur, tetapi juga boleh dijumpai pada ekor atau groin. Adenoma adalah lebih kerap, membentuk 91 peratus daripada tumor kelenjar perianal dalam satu kajian.[5] Adenoma dan adenokarsinoma kelihatan serupa, kedua-duanya bulat, merah jambu dan biasanya berketebalan kurang daripada tiga sentimeter. Adenokarsinoma adalah lebih boleh jadi untuk mengganda dan menjadi invasif ke dalam tisu tersirat, dan boleh bermetastasis ke nodus limfa, ke hati, dan ke paru-paru.Kedua-dua jenis patut dikeluarkan dan dihantar kepada ahli patologi untuk pengenalpastian. Walau bagaimanapun, 95 peratus daripada adenoma kelenjar perianal akan hilang selepas peneuteran anjing berkenaan.[5] Pengeluaran tumor dan peneuteran anjing pada masa sama akan membantu mengelakkan perulangan. AnjIng dengan adenokarsinoma kelenjar perianal patut dirawat dengan pembedahan agresif dan terapi sinaran dan kemoterapi sekiranya diperlukan.