Kemangkatan Tunku_Abdullah_ibni_Almarhum_Tuanku_Abdul_Rahman

Tunku Abdullah telah mangkat pada 20 Ogos 2008 di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari London dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.

Jenazah Tunku Abdullah tiba di bandar diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di Kuala Lumpur, kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti .Jenazah disemadikan bersebelahan makam kekandanya, Tunku Munawir di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah pada pukul 6.45 petang.