Demografi Tuvalu

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Tuvalu

Bahasa-bahasa rasmi Tuvalu ialah bahasa Tuvalu dan bahasa Inggeris. Secara asasnya, bahasa Tuvalu dituturi oleh semua penduduk Tuvalu, dan digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan Parlimen. Radio Tuvalu, radio milik kerajaan negara turut menyiarkan siaran dalam bahasa ini. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 13 ribu orang penutur bahasa Tuvalu di seluruh dunia.[7][8]

Bahasa Inggeris pula tidak sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Agama

Rencana utama: Agama di Tuvalu

Gereja Tuvalu merupakan gereja rasmi negara, dengan pengikutnya merangkumi 97% daripada penduduk Tuvalu setakat 2012.[9] Agama minoriti terbesar ialah Bahá'í, dengan dua peratus daripada penduduk negara menganuti agama ini.[10] Tuvalu memiliki 50 orang pengikut Islam Ahmadiyyah.[11]

Rujukan

WikiPedia: Tuvalu http://www.fijitimes.com/story.aspx?id=434351 http://www.nature.com/articles/s41467-018-02954-1 http://religiousfreedom.com/index.php?option=com_c... http://www.citypopulation.de/Tuvalu.html http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://tuvalu.popgis.spc.int/#l=en;i=ethnic.t_tuva... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2016/02/we... http://isni.org/isni/0000000121822167 //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... https://nla.gov.au/anbd.aut-an35388431