Sejarah Udon_Thani

Provinsi Udo Thani termasyhur untuk tapak arkeologi Ban Chiang disebabkan tapak ini mengandungi tinggalan-tinggalan Zaman Gangsa. Ban Chiang terletak di sebuah perkampungan desa, hampir 85 batu di timur ibu kota Udon Thani. Ibu kota Udon Thani merupakan salah satu pasaran barang-barang pertanian yang lebih sibuk di timur laut Thailand yang agak kering. Ibu kota ini menerima pertambahan ekonomi yang terbesar pada dekad 1960-an ketika Amerika Syarikat membina Pangkalan Tentera Utara Diraja Udon sebagai sebuah pangkalan tentera bersama semasa Perang Vietnam.

Amerika Syarikat menyerahkan pangkalan ini kepada tentera Thailand pada tahun 1976. Bagaimanapun, terdapat tiga kesan tinggal yang penting terhadap kehadiran pangkalan Amerika Syarikat di provinsi ini:

  1. Sebilangan orang tempatan di kawasan ini dibayar gaji yang lumayan dan membelajari bahasa Inggeris yang membantu mereka mendapat kerja dengan lebih mudah di dunia luar (seperatusan besar kumpulan yang lebih berpendidikan kini bekerja di medan-medan minyak Timur Tengah).
  2. Pangkalan bersama ini mencipta pertalian-pertalian, termasuk dengan Konsulat Amerika Syarikat di ibu kota Udon Thani yang tutup pada tahun 1995, dan dengan Pos Bekas Perajurit Perang Asing (VFW).
  3. Pangkalan dan konsulat menyebabkan kota ini dianggap sebagai sebuah pusat wilayah, dan tanggapan ini masih berterusan.