Ukraine
Ukraine

Ukraine

di Eropah  (white)Ukraine[1] atau Ukraina[2] (Bahasa Ukraine: Україна, Ukrayina, /ukrɑˈjinɑ/) merupakan sebuah negara di Eropah Timur. Ia bersempadan dengan Rusia di belah timur, Belarus di belah utara, Poland, Slovakia dan Hungary di belah barat, Romania dan Moldova di belah tenggara, dan Laut Hitam dan Laut Azov di sebelah selatannya. Bandar Kiev (Kyiv) merupakan ibukota negara ini.Sejarah negara ini bermula dengan kedatangan puak Slav Timur. Semenjak sekurang-kurangnya abad ke-9, jajahan Ukraine merupakan pusat medieval tamadun Slav Timur membentuk negara Kievan Rus, yang berpecah pada abad ke-12. Dari abad ke-14 seterusnya, jajahan Ukraine di bahagi kepada beberapa kuasa region dan menjelang abad ke-19 bahagian Ukraine terbesar dimasukkan kedalam Empayar Rusia dangan bakinya di bawah pengawalan Empayar Austro-Hungary. Selepas tempoh kacau bilau perperangan yang berterusan dan beberapa percubaan mendapatkan kemerdekaan (1917–1921) selepas Revolusi Rusia 1917 dan Perang Dunia Pertama, Ukraine muncul pada tahun 1922 sebagai salah satu negara yang mengasaskan republik Soviet Union. Kawasan Republik Ukrainian Socialist Soviet diperbesarkan ke arah barat tidak lama sebelum dan selepas Perang Dunia II, dan sekali lagi pada 1954 dengan pengalihan Crimea. Pada tahun 1945, Ukrainian SSR menjadi salah satu ahli pengasas Bangsa-bangsa Bersatu.[3] Ukraine mencapai kemerdekaan sekali lagi selepas pembubaran Soviet Union pada 1991. Ini memulakan tempoh peralihan ke ekonomi pasaran, di mana Ukraine mengalami lapan tahun berturut kejatuhan ekonomi.[4] Tetapi semenjak awal abad ini, ekonominya mengalami peningkatan stabil, dengan kadar pertumbuhan GDP sebenar purata sekitar tujuh peratus setahun.[4]Ukraine merupakan negara gabungan terdiri dari 24 oblast (jajahan), satu repbulik berpemerintahan sendiri (Crimea), dan dua bandar dengan status khas: ibu negaranya Kiev, dan Sevastopol yang menempatkan Armada Laut Hitam Russia di bawah suatu perjanjian sewaan.[5] Ukraine merupakan republik di bawah sistem separuh-president dengan badan legislatif, badan exekutif, dan perhakiman yang berasingan. Menjelang akhir 2004, negara ini mengalami perubahan semula perlembagaan yang besar yang menukar imbangan kuasa dikalangan parlimen, perdana menteri, kabinet, juga hubungan mereka dengan President Ukraine.

Ukraine

Zon masa UTC+2 (EET)
Pemerintahan Semi-presidential system
• Referendum December 1 1991
HDI (2019) ▲ 0.769
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 71
• Declared August 24 1991
• Kepadatan 78/km2 (202.0/sq mi) (115)
Gini (2019) 28.1
low
Bahasa rasmi Bahasa Ukraina
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
Mata wang Hryvnia (UAH)
Demonim Demonim Ukraina
• Musim panas (DST) UTC+3 (EEST)
Ibu kota Kiev (Kyiv)
• Bancian 2001 48,457,102
• Anggaran 2019 44,912,520 (29)
Bandar terbesar Kiev,Kharkiv,Odessa,Lyviv,Donetsk,Lugansk,Simferopol,Sevostipol,Vinyica
• Per kapita $4,157 (111)
• Finalized December 25 1991
Kod panggilan +380
• Total $497.751 billion (48)
• President Vladimir Zelensky
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Jumlah $186.71 billion (62)
• Air (%) 7%
Internet TLD .ua