Keselamatan Ultrabunyi

Pendedahan ultrabunyi dalam pekerjaan melebihi 120 dB boleh membawa kepada kepekakan. Pendedahan yang melebihi 155 dB boleh menghasilkan kesan pemanasan yang berbahaya kepada tubuh manusia, dan terdapat perkiraan bahawa pendedahan melebihi 180 dB boleh membawa maut.[11][pautan putus] Pada 2010, sebuah kumpulan bebas United Kingdom iaitu Kumpulan Penasihat mengenai Sinaran Tanpa Pengionan (Advisory Group on Non-ionising Radiation, AGNIR) telah menghasilkan laporan terbitan Agensi Perlindungan Kesihatan negara tersebut menyarankan satu had pendedahan orang awam kepada tahap tekanan bunyi (sound pressure level, SPL) ultrabunyi bawaan udara sebanyak 70 dB (pada 20 kHz) dan 100 dB (pada 25 kHz ke atas).[12]