Persepsi Ultrabunyi

Pada manusia

Had atas frekuensi pada manusia (kira-kira 20 kHz) disebabkan batasan telinga tengah. Penderiaan pendengaran boleh berlaku jika ultrabunyi berkuasa tinggi disuap secara langsung ke dalam tengkorak manusia dan mencapai koklea melalui pengaliran tulang tanpa perlu melalui tengah telinga.[3]

Pada haiwan

Kelawar menggunakan ultrabunyi untuk bergerak dalam persekitaran yang gelap.

Kelawar menggunakan pelbagai teknik penentuan ultrasonik (echolocation atau "gemalokasi") untuk mengesan mangsa buruannya. Ia dapat mengesan frekuensi melebihi 100 kHz, mungkin juga 200 kHz.[4]

Lingkungan pendengaran anjing dan kucing meluas ke ultrabunyi; had atas pendengaran anjing lingkungan adalah kira-kira 45 kHz, sementara had atas bagi kucing pula adalah 64 kHz.[5][6][pautan putus]

Ikan paus bergigi, yang termasuk juga ikan lumba-lumba, boleh mendengar ultrabunyi dan menggunakan apa-apa bunyi dalam sistem pengemudian (biosonar) untuk menyesuaikan arah dan menangkap mangsanya.[7] Lumba-lumba mempunyai had atas pendengaran tertinggi yang diketahui sekitar 160 kHz.[8] Beberapa jenis ikan boleh mengesan ultrasound. Dalam order Clupeiformes, ahli subfamili Alosinae telah ditunjukkan dapat mengesan bunyi setinggi 180 kHz, sementara subfamili yang lain (seperti ikan hering) hanya boleh mendengar sehingga 4 kHz.[9]