Sejarah Uncyclopedia

Uncyclopedia ditubuhkan pada Januari 2005, dan dengan pantas berkembang melebihi keupayaan hos web asalnya. Pada 26 Mei 2005, Angela Beesley, naib presiden Wikia, Inc., mengumumkan bahawa Wikia akan menjadi hos Uncyclopedia dan lesen serta nama domain tapak tersebut tidak akan berubah [3]. Huang kemudiannya memindahkan pemilikan domain uncyclopedia.org kepada Wikia, Inc. pada 10 Julai 2006 [4].

Kandungan Uncyclopedia dilesenkan di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0 [5]. Seperti tapak Wikia lain, pangkalan data rencana lengkap boleh dimuat turun secara percuma . Setakat Mac 2007, Uncyclopedia bahasa Inggeris mengandungi lebih 22,000 rencana, menjadikannya salah satu wiki terbesar di Wikia [6].