Akademik Universiti_Zhejiang

Universiti Zhejiang terdiri daripada 37 buah fakulti akademik yang menawarkan lebih daripada 140 program prasiswazah dan 300 program siswazah.[7] Universiti ini memiliki 3,741 orang staf akademik.[8] Kini, terdapat kira-kira 55 ribu orang pelajar di sini, termasuk kira-kira 29 ribu orang pelajar siswazah dan 10 ribu orang calon PhD.

Universiti ini memiliki lima buah perpustakaan, dengan jumlah simpanan judul dalam perpustakaan-perpustakaan ini ialah lebih daripada 7.7 juta buah judul, menjadikan simpanan ini sebagai salah satu simpanan bahan ilmiah terbesar China.[9] Selain itu, universiti ini memiliki tujuh buah hospital kerjasama, sebuah muzium dan lebih 150 buah persatuan pelajar.[10]