Kampus Universiti_Zhejiang

Kampus Yuquan

Kampus Yuquan ialah kampus utama bagi bidang kejuruteraan, sains fizikal dan sains komputer, dan pada asalnya ialah kampus utama universiti hingga pembinaan kampus Zijin'gang pada 2002.

Kampus Xixi

Kampus Xixi pada asalnya ialah Universiti Hangzhou sebelum bergabung dengan Universiti Zhejiang pada 1998, dan dinamakan sempena Sungai Xixi yang mengalir berdekatan kampus. Kampus ini menempatkan fakulti dalam bidang psikologi, pendidikan, kemanusiaan dan Marxisme.

Kampus Antarabangsa Haining

Kampus Antarabangsa Haining terletak di bandar Haining, Zhejiang, dan dibuka pada 2016.[11] Kampus ini menempatkan institusi kerjasama daripada institut-institut pengajian tinggi di seluruh dunia. Institut antarabangsa yang ada di sini termasuklah Universiti Edinburgh, Universiti Illinois (Urbana-Champaign) dan Kolej Imperial London.[12]

Kampus Huajiachi

Kampus Huajiachi ialah kampus pertanian Universiti Zhejiang, dan merupakan kampus tertua universiti. Kampus ini pada asalnya ialah Universiti Pertanian Zhejiang sebelum bergabung dengan Universiti Zhejiang.

Kampus Zhijiang

Kampus Zhijiang menempatkan sekolah perundangan Universiti Zhejiang. Kampus ini ialah kampus utama Universiti Zhijiang sebelum diambil alih oleh universiti ini pada 1952.

Kampus Zijin'gang

Kampus Zijin'gang ialah kampus utama Universiti Zhejiang dan terletak di barat laut Hangzhou. Pelbagai fakulti dan sekolah terletak di sini, iaitu:

  • Kolej Sains Farmaseutikal
  • Sekolah Perubatan
  • Kolej Kejuruteraan Kimia dan Bioperubatan
  • Kolej Kejuruteraan Biosistem dan Sains Makanan
  • Kolej Sains Haiwan
  • Kolej Sains Kehidupan
  • Kolej Kejuruteraan Sivil dan Reka Bentuk
  • Kolej Sains Alam Sekitar dan Sumber
  • Sekolah Pengurusan
  • Sekolah Hal-Ehwal Awam

Kampus Zhoushan

Kampus Zhoushan ialah kampus yang dibuka pada September 2015, dan menempatkan fakulti dan prasarana berkaitan perlautan.