Etimologi Upanishad

Perkataan 'Upanishad' berasal daripada perkataan "sad" yang mempunyai beberapa maksud iaitu melonggarkan, pergerakan, dan penghapusan. Maka, "Upanishad" boleh diberi maksud "ilmu atau pengetahuan suci yang melonggarkan ikatan samsara (kehidupan semula), menghapuskan kejahilan manusia mengenai Dirinya yang sebenar, dan membawanya kepada Tuhan atau Brahman. Maka, kitab suci yang mengajar ilmu ini dipanggil sebagai "Upanishad".

Satu lagi maksud "Upanishad" ialah "duduk di samping". Maka, "Upanishad" ialah "ilmu kerohanian yang diajar secara peribadi atau sulit kepada seorang pelajar yang berkelayakan dan ilmu yang  dipelihara dengan penuh rahsia."

Kamus Sanskrit oleh Monier-Williams menyatakan bahawa "Menurut otoriti orang-orang India, Upanishad bermaksud menyingkirkan kejahilan dengan mendedahkan ilmu Roh yang Agung."

Sankaracharya menjelaskan dalam ulasan Katha Upanishad dan Brihadaranyaka Upanishad bahawa perkataan ini membawa maksud, "Atmavidya, iaitu, Ilmu Atman", atau "Brahmavidya, Ilmu Brahman".

Max Muller dan Paul Deussen menterjemahkan "Upanishad" sebagai "doktrin rahsia".

Robert Hume pula menterjemahkan perkataa ini sebagai "maksud mistik", sementara Patrick Olivelle pula memberikan maksud "hubungan terselindung".

Swami Vivekananda menyatakan bahawa "Upanishad mempunyai satu subjek, satu kerja yang perlu dilakukan iaitu kerja membuktikan perkara ini: 'Seperti mana seketul tanah dapat mengajar kita mengenai semua tanah dalam dunia ini, jadi, apakah perkara yang boleh mengajar kita tentang segala-galanya dalam dunia ini?'"

Menurut Swami Vivekananda, "Upanishad mengajar kita segala-galanya tentang agama."