Kerjaya Valentina_Matviyenko

Matviyenko memulakan kerjaya politiknya pada 1980-an di Saint Petersburg (ketika itu Leningrad). Pada 1990-an beliau menjadi duta Rusia ke Malta (1991–1995) dan Greece (1997–1998).[2]

Pada 2003, Matviyenko menjadi gabenor wanita pertama Saint Petersburg, serta gabenor wanita pertama dalam sejarah Rusia.[3] Pada 22 Ogos 2011, tidak lama selepas siapnya Empangan Saint Petersburg, Matviyenko meletak jawatan. Sebagai anggota parti Rusia Bersatu, pada 21 September beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia,[4] jawatan ketiga tertinggi di Rusia, dan jawatan politik tertinggi yang dicapai wanita di Rssia sejak zaman Maharani Yekaterina II Velikaya.