Vanescaves
Vanescaves

Vanescaves

Vanescaves ialah klad burung Strisores yang berkemungkinan termasuk klad-klad Steatornithiformes, Nyctibiiformes, Podargiformes, dan Apodimorphae. Sesetengah kajian molekul menyokong pengelompokan burung-burung tersebut,[1][2][3] manakala yang lain mecadangkan susunan bercanggah bagi burung-burung Strisores bukan dalam Apodimorphae.[4][5][6] Pada tahun 2019, pengarang Chen et al. melakukan pencerakinan gabungan menggunakan 2289 unsur ultra-terabadi [UCEs], 117 ciri-ciri morfologi daripada taksa yang wujud dan fosil mendapat sokongan dalam klad tersebut.[7] Penulis kemudiannya mengusulkan untuk menamakan kumpulan tersebut, yang maknanya dalam bahasa Rumi ialah "burung lenyap" merujuk kepada sifat taburan geografinya yang berbeza-beza, serta puisi "A Route of Evanescence" oleh penyair Amerika Emily Dickinson yang menampilkan burung madu sebagai subjek utama.[7] Pada tahun 2020 Chen & Field menamakan dua subklad utama untuk kumpulan tersebut, iaitu Sedentaves dan Letornithes.[8]Di bawah ialah filogeni keseluruhan Vanescaves serta kumpulan kerabatnya Caprimulgidae selepas Prum et al. (2015),[2] White & Braun (2019)[3], dan Chen et al. (2019),[7] dengan nama filokod mengikuti Chen & Field (2020).[8]Caprimulgidae (Tukang)Steatornithidae (Minyak)Nyctibiidae (Malas)Podargidae (Segan)Aegothelidae (Hantukang)Hemiprocnidae (Lelayang pokok)Apodidae (Lelayang)Trochilidae (Madu)