Kerjaya Vicente_Guerrero

Tentera Mexico pimpinan Guerrero berjaya mengalahkan tentera Sepanyol di Tampico pada tahun 1829.

Semasa perang kemerdekaan bermula, Guerrero menjadi tukang pembuat senjata api di Tixtla. Beliau menyertai pemberontak pada tahun 1810 dan mengikuti José María Morelo untuk menentang tentera Sepanyol di selatan Mexico. Beliau membezakan dirinya di sebuah pertempuran di Izúcar pada 1812. Beliau mendapat pangkat Leftenan Kolonel ketika bandar Oaxaca berjaya ditawan oleh pemberontak pada tahun yang sama.

Berikutan pengepungan Morelos pada lewat 1815, Guerrero kemudian menyertai angkatan tentera pimpinan Guadalupe Victoria dan Isidoro Montes de Oca, dan mengambil pangkat "Commander in Chief". Beliau memainkan peranan yang penting di dalam setiap pertempuran. Beliau juga berjaya menawan Ajuchitán, Santa Fe, Tetela del Río, Huetamo, Tlalchapa dan Cuautlotitlán, iaitu daerah-daerah yang terletak di selatan Mexico.

Ketika Mexico mencapai kemerdekaan, beliau kemudian bekerjasama dengan Agustín de Iturbide, di mana beliau menyertai dua tentera dan beliau menyatakan Three Guarantees dan El plan de Iguala. Rancangan ini diberi hubungan yang baik untuk Indian namun bukan untuk orang Afrika di Mexico.

Iturbide dan Guerrero akhirnya bersetuju untuk berkongsi idelogi - di mana Mexico menjadi sebuah negara yang mempunyai sistem raja berperlembagaan, dan akhirnya penderitaan berlaku bangsa mestizo, Indian dan Sepanyol kerana Iturbide menjadikan katolikisme sebagai agama rasmi. Dengan dakwaan itu, Guerrero menyokong idea Iturbide dan selepas pengisytiharan di Bandaraya Mexico pada 27 September 1821. Iturbide menjadi Maharaja Mexico secara rasmi dari Kongres. Walau bagaimanapun, ketika Iturbide menyarankan bahawa Mexico menjadi negara yang maju pada pemerintahannya, namun, sebaliknya, ekonomi Mexico menjadi semakin mundur. Guerrero akhirnya berbalik balah dan menentang kerajaan Iturbide dan ingin menggulingkan Iturbide melalui sistem republik melalui rancangan Casa Mata.

Semasa jeneral Manuel Gómez Pedraza memenangi pilihan raya untuk menggantikan Guadalupe Victoria sebagai presiden, Guerrero bersama Antonio López de Santa Anna dan ahli politik Lorenzo de Zavala bercadang untuk memulakan rampasan kuasa dan mengambil alih tempat presiden pada 1 April 1829.

Guerrero telah dipilih untuk menjadi presiden kedua Mexico pada tahun 1829. Sebagai presiden, Guerrero perlu melaksanakan hukum undang-undang yang ketat. Namun, Guerrero akhirnya menjadi antara presiden Mexico yang singkat apabila pemansuhan dengan segera dilewatkan pada 16 September 1829. Semasa pemerintahan Guerrero, Sepanyol yang mengambil kesempatan berusaha untuk menawan semula Mexico walau bagaimanapun, Sepanyol tetap tewas dan akhirnya ditewas dengan teruk dalam Pertempuran Tampico.

Guerrero telah digulingkan dalam pemberontakan di bawah Naib Presiden Anastasio Busamante bermula pada 4 Disember 1829. Beliau meninggkalkan Bandaraya Mexico untuk menentang pemberontak, tetapi tiada sokongan yang diberikan untuk Guerrero. Apabila Guerrero berharap untuk kembali kepada kuasa, Jeneral Bustamante menangkap beliau di rumahnya dan bersalah akibat rasuah.

Selepas kematian Guerrero, Bustamante menjadi seorang pemimpin yang kejam dan gila kuasa. Picaluga, seorang kawan baik Guerrero cuba untuk membunuh Bustamante tetapi gagal.

Pada 1842, mayat Vicente Guerrero dipindahkan untuk ke Bandaraya Mexico untuk dimakamkan. Guerrero adalah satu-satunya ahli politik yang berjiwa rakyat. Semua rakyat Mexico dengan menggelarkan beliau lelaki yang hebat untuk penghormatan.[4]