Victor Alexandrovich Pogadaev (
Bahasa Rusia: Виктор Александрович Погадаев; lahir 20 November
1946) adalah seorang sarjana
Rusia, pakar sejarah dan budaya
Asia Tenggara. PhD (1976)
[1].Beliau merupakan ahli
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) sejak tahun 2014, ahli bersekutu Akademi Antarabangsa Sains Pedagogi, ahli Sidang Pengarang Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya Pendeta, Setiausaha Ilmiah Suruhanjaya Etnografi di
Persatuan Geografi Rusia, ahli Badan Pengurus
Persatuan Nusantara (
Moscow)
[2], ahli
Persatuan Wartawan Rusia,
Persatuan Pakar Kaji Timur Rusia, ahli seumur hidup
Persatuan Bahasa Moden Malaysia (
Kuala Lumpur), ahli sidang pengarang journal «Folklore and Folkloristics» (
India)
[3]. Beliau menerbitkan lebih daripada 200 buku dan rencana mengenai bahasa, sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia. Cergas juga dalam bidang penterjemahan dan penyusunan kamus.
[4]. Beliau pernah menyertai Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur tahun-tahun 1992 dan 2002, Wacana Sastera dan Baca Puisi Gelodak Seni Alaf Baru (2004, Kota Baru, Kelantan), International Poetry Festival 2009 di Medan, Indonesia), Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III (2012), Temu Sasterawan Numera "Melacak Identitas Kultural Melayu Melalui Sastra, Budaya dan Sejarah" (2012, Padang, Indonesia), Baca Puisi Dunia Numera (2012, Kuala Lumpur) dan lebih daripada 60 persidangan ilmiah di Rusia, Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, India.Beliau kini bertugas sebagai pensyarah sejak tahun 2001 serta sebagai Profesor Madya di
Universiti Malaya sejak tahun 2003.
[5].