Viking

Viking atau Varangian merupakan pedagang, peladang, dan paling terkenal sebagai lanun (seringkali selepas kegagalan perniagaan) dari Skandinavia yang di antara 800 dan 1050 mengkoloni, menjarah dan berdagang di sepanjang persisiran pantai, sungai dan pulau di Eropah dan persisiran timur laut Amerika Utara. Mereka memanggil diri mereka sebagai Norsemen (Orang utara - Northmen) (Skandinavian moden masih merujuk kepada diri mereka sebagai penduduk Utara, nordbor).Nama Viking adalah pinjaman dari istilah tempatan Scandinavia bagi pahlawan pelaut Norse yang merompak persisiran Scandinavia, Kepulauan British, dan bahagian lain Eropah semenjak akhir abad ke 8 sehingga abad ke 11. Tempoh dalam sejarah Eropah dikenali sebagai Zaman Viking. Perkataan itu sendiri diperkenalkan dalam bahasa Inggeris dengan konotasi romantik pada abad ke 18. Hari ini, agak kontrovasi, perkataan ini juga digunakan sebagai adjektif generik merujuk kepada Zaman Viking Scandinavian. Populasi Scandinavian pada zaman pertengahan secara umum dirujuk dengan khusus sebagai Norse.