Etimologi Viking

Empayar Frank, kerajaan beraja, dan puak-puak Eropah dan timur dekat pada awal kurun ke-9, berdasarkan "The Public Schools Historical Atlas" oleh Ch. Colbeck pada tahun 1905

Etimologi "viking" tidak begitu jelas. Salah satu mungkin dari perkataan bahasa Norse Tua vík, bererti "teluk", "creek" atau "inlet", dan suffix -ing, bererti "asal dari" atau "kepunyaan". Dengan itu, viking membawa erti aktiviti di creeks, atau "creeking". vikingr merupakan orang yang terbabit dalam aktiviti sedemikian. Kemudiannya, istilah viking menjadi sinonim dengan "ekspedisi laut, rompakan", dan vikingr merupakan ahli ekspedisi sedemikian. Etimologi kedua mencadangkan ia berasal dari bahasa Inggeris Tua (Old English language) wíc, contoh. "bandar perdagangan", (berkait dengan bahasa Latin vicus, "kampung").

Perkataan vikingr muncul pada beberapa batu rune yang terdapat di Scandinavia. Dalam saga Iceland, víking merujuk kepada pengembaraan seberang laut (Norse Tua farar i vikingr "pergi ekspedisi"), dan víkingr merujuk kepada pelaut atau pahlawan yang terbabit dalam ekspedisi sedemikian. Dalam Inggeris Silam (Old English), perkataan wicing mula muncul sekitar abad ke 6 atau abad ke 7 dalam puisi Anglo-Saxon Widsith.

Dalam penggunaan Zaman Pertengahan (contoh. Widsith, dan penulisan Adam von Bremen), viking adalah lanun, dan bukannya nama bagi puak atau kebudayaan secara am. Malah apabila, penyerang Scandinavia meninggalkan bot mereka, mencuri kuda dan menunggang menyeberangi jajahan, mereka tidak pernah dipanggil sebagai "vikings" dalam sumber Inggeris.

Perkataan tersebut lenyap pada Inggeris Pertengahan (Middle English), dan diperkenalkan semula sebagai viking semasa abad ke 18 Romanticism. Semasa abad ke 20, istilah tersebut diperkembangkan untuk merujuk bukan hanya kepada penyerang, tetapi juga bagi keseluruhan tempoh tersebut; lebih mengelirukan lagi adalah pada masa kini, ia digunakan sebagai kata kerja (noun) dalam erti asal merujuk kepada penyerang, pahlawan, atau ahli navigasi, dan dan kadang-kala sebagai merujuk kepada penduduk Scandinavian secara umum. Sebagai adjective, perkataan ini digunakan dalam gambaran seperti "tempoh Viking", "kebudayaan Viking", "koloni Viking" dll., secara umum merujuk kepada Scandinavia zaman pertengahan.

Pada abad lepas, pelbagai jangkaan timbul mengenai samaada pedagang asing, yang dikenali sebagai varyag, yang berdagang sepanjang sungai Rusia sehingga ke Empayar Byzantine, berasal dari Scandinavia. Ini kerana istilah tersebut dianggap turut merujuk kepada pedagang dari Scandinavia yang menubuhkan koloni di Rusia. Koloni Scandinavia awal di Amerika Utara turut digelar sebagai "Viking" oleh penutur Inggeris moden. Bagaimanapun perlu ditekankan bahawa, tidak terdapat sumber bertulis, dalam kes Vinland, Rus, atau Varyag, yang menggunakan istilah "Viking."

Scandinavia secara umum bukanlah Viking; mereka merupakan petani, nelayan, dan pemburu, sebagaimana kebanyakan orang-orang lain di Eropah. Apabila pantai Scandinavia diserang oleh tentera musuh, mereka membentuk angkatan pertahanan yang dikenali sebagai ledung, yang juga digunakan sebagai pelindung terhadap Viking. Walaupun menjadi perkara biasa masa kini, memanggil kesemua orang di utara (Scandinavians) Vikings, berbanding menggunakan perkataan tersebut khusus bagi mereka yang terbabit dalam kegiatan lanun, boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan. Sebagai ahli angkatan ledung, termasuk juga petani, dan nelayan yang dari masa ke semasa diserang oleh Viking, kebanyakan Scandinavia kemungkinannya melihat Viking sebagai musuh mereka dan melawan mereka dengan segenap daya upaya.