Kekurangan Vitamin_A

Kekurangan vitamin A dianggarkan menjejaskan jutaan kanak-kanak diseluruh dunia. Sekitar 250,000-500,000 kanak-kanak dinegara membangun menjadi buta setiap tahun akibat kekurangan vitamin A, dengan kejadian terbanyak di Asia Tenggara dan Afrika.[19] Menurut Badan Kesihatan Sedunia (“World Health Organization – WHO”), kekurangan vitamin A adalah terkawal di Amerika Syarikat, tetapi di negara membangunkekurangan vitamin A adalah kebimbangan besar. Dengan kekurangan vitamin A yang meluas, WHO telah melaksanakan beberapa usaha bagi vitamin A tambahan bagi negara membangun. Sesetengah strategi ini termasuk pengambilan vitamin A melalui gabungan penyusuan, melalui permakanan, pengukuhan makanan, dan tambahan. Melalui usaha WHO dan rakan kongsinya, dianggarkan sekitar 1.25 juta kematian sejak 1998 di 40 negara akibat kekurangan vitamin A telah dihalang.[20]

Kekurangan vitamin A boleh berlaku sebagai kekurangan utama atau kedua. Kekurangan utama berlaku dikalangan dewasa dan kanak-kanak yang tidak mengambil sayuran hijau dan kuning yang mencukupi, buah, dan hati. Berhenti menyusu awal juga meningkatkan risiko kekurangan vitamin A. Kekurangan vitamin A kedua dikaitkan dengan kecacatan penyerapan kronik lipids, penghasilan dan pembebasan hempedu terencat, permakanan lemak rendah, dan pendedahan kronik kepada oksida, seperti asap rokok. Vitamin A merupakan vitamin larut-lemak dan bergantung kepada kelarutan micelar bagi pengagihan pada usus kecil, yang mengakibatkan penggunaan vitamin A rendah akibat permakanan rendah lemak. Kekurangan zink turut melemahkan penyerapan, pengangkutan, dan metabolis vitamin A kerana ia penting bagi pensistesis protein pengangkut vitamin A dan pengoksidaan retinol kepada retinal. Dikalangan penduduk kebuluran, pengambilan rendah vitamin A dan zinc meningkatkan risiko kekurangan vitamin A dan mendorong kepada kejadian physiologi teruk.[15] Kajian di Burkina Faso menunjukkan pengurangan besar kematian malaria dengan tambahan gabungan vitamin A dan zinc bagi kanak-kanak.[21]

Oleh kerana fungsi unik kumpulan retinyl adalah penyerapan cahaya dalam protin retinylidene, salah satu tanda-tanda awal dan khusus bagi kekurangan vitamin A adalah penglihatan cacat, terutama dalam cahaya samara - Retinol. Kekurangan berkekalan menimbulkan siri perubahan, yang paling teruk pada mata. Sesetengah perubahan okular dirujuk sebagai xerophthalmia.

Oleh kerana fungsi unik kumpulan retinyl adalah penyerapan cahaya dalam protin retinylidene, salah satu tanda-tanda awal dan khusus bagi kekurangan vitamin A adalah penglihatan cacat, terutama dalam cahaya samara - Retinol#penglihatan malam rabun malam. Kekurangan berkekalan menimbulkan siri perubahan, yang paling teruk pada mata. Sesetengah perubahan okular dirujuk sebagai xerophthalmia. Pertama sekali berlaku kekeringan pada conjunctiva (xerosis) kerana lacrimal dan epithelium penghasir lendir normal kini diganti oleh keratinized epithelium. Ini diikuti dengan penebalan sisa keratin dalam kepingan lutcahaya kecil (titik Bitot) dan, akhirnya, hakisan pada permukaan kornel kasar dengan pelembutan dan kemusnahan kornea (keratomalacia) dan buta sepenuhnya.[22] Perubahan lain termasuk kecacatan daya ketahanan, hipokeratosis (ketulin putih pada helaian folik rambut), keratosis pilaris dan squamous metaplasia pada lapisan epithelium pada bahagian atas laluan pernafasan dan pundi kencing menjadi keratinized epithelium. Berkait dengan pergigian, kekurangan Vitamin A mendorong kepada enamel hypoplasia.

Bekalan Vitamin A yang mencukupi adalah penting terutama bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak, kerana kekurangan tidak boleh diganti dengan tambahan lepas lahir postnatal.[23][24].

Rujukan

WikiPedia: Vitamin_A http://www.emedicine.com/emerg/topic638.htm http://www.emedicine.com/med/topic2382.htm http://www.nutritiondata.com/facts/pork-products/2... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritionj.com/content/7/1/7 http://www.mrw.interscience.wiley.com/emrw/9780470... http://www.iom.edu/Object.File/Master/7/296/webtab... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vit... http://www.dietary-supplements.info.nih.gov/factsh...