Keracunan Vitamin_A

Rencana utama: Hypervitaminosis A

Oleh kerana vitamin A adalah larut-lemak, menyingkir sebarang lebihan yang diambil melalui permakanan adalah lebih sukar berbanding vitamin B dan C yang larut-air. Oleh itu, keracunan vitamin A boleh terhasil. Ini boleh mendorong kepada mual, jaundise, resah, anorexia (jangan dikelirukan dengan anorexia nervosa, masaalah permakanan), muntah, penglihatan kabur, sakit kepala, sakit otot dan perut dan lemah, mengantuk dan status mental berubah.

Keracunan akut biasanya berlaku pada dos 25,000 IU/kg dari berat badan, dengan keracunan kronik berlaku pada 4,000 IU/kg berat badan sehari bagi tempoh 6–15 bulan.[25] Bagaimanapun, keracunan hati boleh berlaku pada tahap serendah 15,000 IU sehari sehingga 1.4 juta IU sehari, dengan purata harian dos keracunan pada 120,000 IU sehari. Bagi mereka dengan kegagalan ginjal 4000 IU mampu menyebabkan kerosakan teruk. Tambahan lagi pengambilan alkohol melampau boleh meningkatkan keracunan. Kanak-kanak boleh mencecah tahap keracunan pada 1500IU/kg dari berat badan.[26]

Dalam kes kronik, kehilangan rambut, kulit kering, kekeringan selaput lendir, demam, insomnia, lesu, kehilangan berat badan, keretakan tulang, anemia, dan cirit-birit boleh menjadi bukti selain tanda-tanda yang dikaitkan dengan keracunan tidak serious.[27]

Ianya telah dijangka bahawa 75% orang mungkin mengambil lebih dari yang disyorkan RDA untuk vitamin A pada kadar tetap di negara membangun. Pengambilan dua kali ganda RDA bagi vitamin A prabentuk secara kronik mungkin dikaitkan dengan osteoporosis dan keretakan tulang pinggul. Ini mungkin disebabkan fakta bahawa vitamin A melampau mampu menghalang tugas protein tertentu yang bergantung kepada vitamin K. Ini boleh secara hipotesis mengurangkan keberkesanan vitamin D, yang terbukti mempunyai peranan bagi menghalang osteoporosis dan juga bergantung kepada vitamin K bagi penggunaan yang betul[28].

Pengambilan vitamin A yang tinggi telah dikaitkan dengan keretakan tulang tiba-tiba pada haiwan. Kajian struktur sel telah mengaitkan peningkatan semula tulang dengan pengambilan vitamin A yang tinggi. Interaksi ini muungkin berlaku kerana vitamin A dan D mungkin bersaing bagi penerima yang sama dan kemudian bertindak balas dengan hormon parathyroid yang mengawal kalsium.[26] Malah, kajian oleh Forsmo et al. menunjukkan kaitan antara kekurangan kepadatan mineral tulang adn pengambilan vitamin A yang terlampau banyak.[29]

Kesan keracunan vitamin A telah ditunjukkan memberi kesan buruk kepada perkembangan fetus. Dos therapeutik yang digunakan bagi rawatan jerawat telah dibuktikan menjejaskan aktiviti saraf sel cephalic. Janin amat sensetif kepada keracunan vitamin A semasa tempoh organogenesis.[15]

Keracunan ini hanya berlaku dengan vitamin A prabentuk (retinoid) (seperti dari hati). Bentuk carotenoid (seperti beta-carotene yang dijumpai pada lobak), tidak menunjukkan simptom sebegitu, tetapi permakanan berlebihan beta-carotene boleh mendorong kepada carotenodermia, yang menyebabkan perubahan warna kulit kepada kuning-bata-kuning.[30][31][32]

Penyelidik telah berjaya mencipta bentuk larut-air bagi vitamin A, yang mereka percaya mampu mengurangkan potensi keracunan.[33] Bagaimanapun dalam kajian 2003 mendapati vitamin A larut-air adalah dianggarkan 10 kali ganda lebih beracun berbanding vitamin larut-lemak.[34]Kajian 2006 mendapati bahawa kanak-kanak yang diberikan vitamin A dan D larut-air, yang biasanya larut-lemak, mengalami asthma dua kali ganda berbanding kumpulan kawalan yang mengambil vitamin larut-lemak.[35]

Dos tinggi Vitamin A yang kronik mampu menyebabkan sindrom "pseudotumor cerebri".[36] Sindrom ini termasuk sakit kepala, penglihatan kabur dan kekeliruan. Ia dikaitkan dengan peningkatan tekanan intraserebral. [37]

Rujukan

WikiPedia: Vitamin_A http://www.emedicine.com/emerg/topic638.htm http://www.emedicine.com/med/topic2382.htm http://www.nutritiondata.com/facts/pork-products/2... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritionj.com/content/7/1/7 http://www.mrw.interscience.wiley.com/emrw/9780470... http://www.iom.edu/Object.File/Master/7/296/webtab... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vit... http://www.dietary-supplements.info.nih.gov/factsh...