Volapük

Untuk band rock avant-garde Perancis, sila lihat Volapük (band). Untuk transliterasi ASCII untuk abjad Cyril, lihat enkoding Volapuk.Volapük (volaˈpyk[1]) merupakan sebuah bahasa buatan, dicipta antara tahun 18791880 oleh Johann Martin Schleyer, seorang paderi Katholik Rom di Baden, Jerman. Schleyer berasa bahawa Tuhan telah memberitahunya dalam mimpi untuk mencipta sebuah bahasa antarabangsa. Perhimpunan Volapük diadakan pada tahun 1884 (Friedrichshafen), 1887 (Munich), dan 1889 (Paris). Perhimpunan yang pertama dan kedua menggunakan Bahasa Jerman, dan yang terakhir hanya menggunakan Volapük. Pada tahun 1889, terdapat kira-kira 283 buah kelab, 25 buah terbitan berkala dalam atau tentang Volapük, dan 316 buah buku teks dalam 25 bahasa. Kini terdapat kira-kira 20-30 orang penutur Volapük di dunia. Volapük tersingkir pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh bahasa-bahasa yang lebih ringkas dan lebih mudah dipelajari, seperti Esperanto dan Latino Sine Flexione.