Sejarah W

Bentuk terawal huruf W merupakan huruf V berganda yang dipakai pada abad ke-7 oleh para penulis bahasa Inggeris Lama yang terawal sekali; dari dwihuruf "uu" inilah timbul nama "double U". Dwihuruf ini tidak begitu laris dipakai kerana bunyinya ketika itu lebih banyak ditandai huruf rune wynn (Ƿ), namun huruf W semakin laris selepas Penaklukan Norman, dan menjelang tahun 1300 huruf W mengganti huruf wynn dalam kegunaan biasa. Bentuk-bentuk lain huruf ini termasuklah sepasang huruf V yang bertindih cabangnya di tengah; dan satu bentuk kursif yang ditemui dalam tulisan bahasa Inggeris dan Jerman abad ke-19 yang berupa huruf "n" yang cabang kanannya melengkung menjadi bentuk "v" kursif (bandingkan dengan bentuk ƕ).