Reaksi Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20

Respon WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji usaha pihak berkuasa China dalam menguruskan dan membendung wabak itu dengan Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan "keyakinan terhadap pendekatan China untuk mengawal wabak" dan menyeru agar masyarakat "tetap tenang".[103]

WHO mencatat perbezaan antara wabak tahun 2003, di mana pihak berkuasa China dituduh menyimpan rahsia yang menghalang usaha pencegahan dan pembendungan, dan krisis semasa di mana kerajaan pusat "telah menyediakan kemas kini yang teratur untuk mengelakkan panik menjelang cuti Tahun Baru Cina."[104] Sebagai tindak balas kepada keputusan pihak berkuasa pusat untuk melaksanakan larangan pengangkutan di Wuhan, wakil WHO, Gauden Galea menyatakan bahawa walaupun "sudah tentu bukan suatu cadangan yang WHO akan buat", itu juga "indikasi penting dari komitmen untuk membendung wabak di tempat di mana ia paling tertumpu' dan menyebutnya sebagai 'sejarah kesihatan awam yang belum pernah berlaku sebelum ini". Tidak seperti cadangan agensi-agensi lain, Tedros menyatakan bahawa "tidak ada alasan untuk langkah-langkah yang tidak perlu dalam mengganggu perjalanan dan perdagangan antarabangsa" dan "WHO tidak mencadangkan mengehadkan perdagangan dan pergerakan".[105]

Pada 30 Januari 2020, selepas pengesahan penularan manusia ke manusia di luar China dan peningkatan bilangan kes di negara-negara lain, WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC), perisytiharan keenam sejak pengukuran pertama kali digunakan semasa pandemik selesema babi 2009. Tedros menjelaskan bahawa PHEIC, dalam kes ini, "bukan undi tidak percaya kepada China", tetapi kerana risiko penyebaran peringkat global, terutamanya kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana tanpa sistem kesihatan yang canggih.[106]

Rujukan

WikiPedia: Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20 http://www.bjnews.com.cn/news/2020/01/27/680493.ht... http://wsjkw.gd.gov.cn/zwyw_yqxx/content/post_2877... http://www.hnwsjsw.gov.cn/contents/177/47946.shtml http://wjw.hunan.gov.cn/wjw/xxgk/gzdt/zyxw_1/20200... http://hc.jiangxi.gov.cn/doc/2020/01/22/137549.sht... http://wsjkw.km.gov.cn/c/2020-01-22/3267609.shtml http://wsjkw.sh.gov.cn/xwfb/20200121/353b563cdb594... http://wsjkw.shandong.gov.cn/wzxxgk/zwgg/202001/t2... http://wsjk.tj.gov.cn/art/2020/1/21/art_14_70132.h... http://wjw.wuhan.gov.cn/front/web/list2nd/no/710