Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20
Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20

Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20

[3][4][5][6]Wabak koronavirus baru 2019-2020 (Cina: 2019-2020年新型冠狀病毒肺炎事件; Jawi: وابق كوروناۏيروس بارو 2019-2020), juga dikenali sebagai 2019-nCov dan Wabak Koronavirus Wuhan pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandar Wuhan di tengah China, dengan kelompok orang tempatan yang muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas,[31] yang dikaitkan terutamanya kepada pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan, yang juga menjual haiwan-haiwan hidup. Para saintis China kemudiannya mengasingkan keluarga koronavirus baru ini. Memberikan pertunjuk awal yang nCov-2019 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam susunan genom kepada SARS-CoV. Dengan perkembangan ujian PCR diagnostik tertentu untuk mengesan jangkitan, beberapa kes telah disahkan pada orang yang secara langsung dikaitkan dengan pasar Huanan dan mereka yang tidak berkaitan secara langsung dengannya. Sama ada virus ini mempunyai kemudaratan atau kerosakkan yang sama seperti SARS masih lagi tidak jelas.[32][33][34][35] Tempoh inkubasi (masa dari pendedahan kepada gejala-gejala yang timbul) adalah antara 2 hingga 14 hari dan ia masih menular pada waktu ini.[36][37] Gejala termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.[38]Sehingga 10 Februari 2020, 40,553 kes telah disahkan (6,494 serius),[39] termasuk di setiap bahagian wilayah di wilayah China. Sebilangan besar orang mungkin dijangkiti, tetapi tidak dikesan (terutamanya kes ringan).[40] Sehingga 9 Februari 2020, 910 kematian telah dikaitkan dengan virus ini sejak kematian pertama yang disahkan pada 9 Januari, dengan 3,322 pulih.[41][42] Penularan tempatan pertama di luar China berlaku di Vietnam yang terjadi dikalangan ahli keluarga,[43] manakala penularan antarabangsa pertama yang tidak melibatkan keluarga berlaku di Jerman pada 22 Januari.[44] Kematian pertama di luar China berlaku di Filipina, di mana seorang lelaki dari Wuhan meninggal dunia pada 1 Februari.Pada 20 Januari 2020, Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa usaha tegas dan berkesan untuk mencegah dan mengawal wabak pneumonia yang disebabkan oleh koronavirus baru.[45] Pada 24 Januari 2020, 26 kematian telah berlaku,[46] Semua di China, dan terdapat bukti penularan dari manusia ke manusia.[47] Ujian meluas telah mendedahkan lebih seribu kes yang disahkan, yang sebahagiannya adalah pekerja penjagaan kesihatan.[47][48] Kes yang disahkan juga telah dilaporkan di Thailand, Kanada, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Taiwan, Macau, Hong Kong, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Emiriah Arab Bersatu, India, Itali, Filipina, Singapura, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Vietnam, Malaysia, Finland, Kemboja, Nepal, Rusia dan United Kingdom.Pada 23 Januari 2020, WHO memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat wabak kesihatan awam mengenai kebimbangan antarabangsa.[49][50] WHO sebelum ini memberi amaran bahawa wabak boleh tersebar dengan meluas[51] dan terdapat kebimbangan mengenai penularan lebih lanjut semasa waktu puncak di China ketika Tahun Baru Cina.[34][52] Banyak pesta sambutan Tahun Baru Cina telah ditutup atau dibatalkan kerana kegusaran penularan wabak berkenaan, kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Kota Larangan di Beijing, pameran kuil tradisional, dan pesta perayaan lain.[53] Peningkatan mendadak kejadian penyakit ini menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan asal usulnya, perdagangan hidupan liar, ketidakpastian yang mengelilingi keupayaan virus untuk menyebarkan dan menyebabkan bahaya,[54] sama ada virus itu telah beredar lebih lama daripada yang difikirkan sebelumnya, dan kemungkinan wabak yang menjadi penyebar meluas di serata dunia. Penularan wabak ini juga menyababkan bandar Wuhan ditutup dan dikuarantinkan, serta bandar-bandar berdekatan seperti Huanggang, Ezhou, Chibi, Jingzhou, dan Zhijiang diletakkan di bawah kuarantin dari 24 Januari.[55] Sejak itu, pengangkutan di sekurang-kurangnya 12 bandar raya lain di wilayah Hubei juga telah dihentikan dengan cara yang sama.[56]Pada 30 Januari, wabak ini diisytiharkan sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelaskan bahawa keputusannya adalah berdasarkan kemungkinan kesan dari patogen jika ia tersebar ke negara-negara dengan infrastruktur penjagaan kesihatan yang lebih lemah. Ini kali keenam langkah itu telah diambil sejak pandemik H1N1 pada 2009.[57][58][59][60] Xenophobia dan perkauman terhadap orang-orang keturunan Cina dan Asia Timur telah timbul akibat daripada wabak, dengan rasa takut dan permusuhan berlaku di beberapa negara.[61][62][63][64] Maklumat salah juga tersebar terutamanya dalam talian mengenai koronavirus telah membawa WHO untuk mengisytiharkan "infodemik" pada 2 Februari.[65]

Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20

Tarikh 1 Disember 2019 – kini[1][2]
(2 bulan, 1 minggu dan 4 hari)
Lokasi Asal: Wuhan, Hubei, China
Negara/wilayah Kes disahkan Kematian Pemulihan Ruj. Kes setakat 11 Februari 2020 (2020-02-11)[update]
Negara/wilayah Kes disahkan Kematian Pemulihan Ruj.
 China 42,638 1,016 3,996

[3][4][5][6]

 Jepun (term. Diamond Princess)[lower-alpha 1] 161
(26 + 135)
0 4 [6][7]
 Singapura 45 0 7 [6]
 Hong Kong 42 1 0 [6][8]
 Thailand 32 0 9 [6][9][10]
 Korea Selatan 28 0 4 [6][11]
 Malaysia 18 0 3 [12][6]
 Taiwan 18 0 1 [6]
 Australia 15 0 5 [6][13]
 Vietnam 15 0 6 [6][14]
 Jerman 14 0 0 [6]
 Amerika Syarikat 13 0 3 [6][15]
 Perancis 11 0 0 [6][16]
 Macau 10 0 0 [6][17]
 Emiriah Arab Bersatu 8 0 1 [18][6]
 United Kingdom 8 0 0 [6][19]
 Kanada 7 0 0 [6][20][21]
 Filipina 3 1 2 [6][22]
 India 3 0 0 [6][23]
 Itali 3 0 0 [6]
 Rusia 2 0 0 [24][25][6]
 Sepanyol 2 0 0 [6]
 Belgium 1 0 0 [6]
 Sweden 1 0 0 [26][6]
 Finland 1 0 1 [27][6]
 Kemboja 1 0 1 [28][6]
   Nepal 1 0 1 [6][29]
 Sri Lanka 1 0 1 [30][6]
Jumlah 43,102 1,018 4,044

Rujukan

WikiPedia: Wabak_koronavirus_Wuhan_2019–20 http://www.bjnews.com.cn/news/2020/01/27/680493.ht... http://wsjkw.gd.gov.cn/zwyw_yqxx/content/post_2877... http://www.hnwsjsw.gov.cn/contents/177/47946.shtml http://wjw.hunan.gov.cn/wjw/xxgk/gzdt/zyxw_1/20200... http://hc.jiangxi.gov.cn/doc/2020/01/22/137549.sht... http://wsjkw.km.gov.cn/c/2020-01-22/3267609.shtml http://wsjkw.sh.gov.cn/xwfb/20200121/353b563cdb594... http://wsjkw.shandong.gov.cn/wzxxgk/zwgg/202001/t2... http://wsjk.tj.gov.cn/art/2020/1/21/art_14_70132.h... http://wjw.wuhan.gov.cn/front/web/list2nd/no/710