Li_Keqiang
Li_Keqiang

Li_Keqiang

Li Keqiang (pinyin: Lĭ Kèqiáng; sebutan [lì kʰɤ̂tɕʰjɑ̌ŋ]; lahir 1 Julai 1955; umur 64 tahun), merupakan seorang ahli politik China. Sejak Mac 2013 beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat China. Kongres ke-12 Rakyat Kebangsaan China menetapkan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri China yang baharu menggantikan Wen Jiabao dalam tempoh masa lima tahun akan datang, melalui pemungutan suara.[1] Beliau juga merupakan anggota berpangkat kedua dalam Jawatankuasa Tetap Politburo PKC, badan membuat keputusan tertinggi de facto negara itu. Antara 2008 dan 2013 Li berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Eksekutif bagi Wen Jiabao. Portfolio rasmi Li ketika itu termasuklah pembangunan ekonomi, kawalan harga, kewangan, perubahan iklim, dan pengurusan makroekonomi.[2]Perlantikan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri pada 15 Mac 2013 menyusul selepas pemilihan Xi Jinping sebagai Presiden sehari sebelumnya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Li_Keqiang http://www.china.org.cn/china/18th_cpc_congress/20... http://www.china.org.cn/china/18th_cpc_congress/20... http://www.antaranews.com/berita/363378/li-keqiang... http://www.voaindonesia.com/content/parlemennchina... http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/26/c_1387... http://www.republika.co.id/berita/internasional/gl... http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Li_Keq... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p376462272 http://isni.org/isni/0000000047589984 https://www.chinadaily.com.cn/a/202001/21/WS5e2655...